Ilmu kemanusiaan dan Realiti Bisnes

Situasi semasa dalam semua pengurusan bisnes semasa banyak memberikan kesan emosi. Kesan ini sampai kepada setiap individu dalam organisasi malah mereka yang terlibat secara tidak langsung. Mahu tidak mahu, pencapaian KPI, keperluan memenuhi tugas dan tanggungjawab kerja, memberi kesan yang pelbagai dalam kehidupan setiap orang.

 

Bagi mereka yang berbisnes, kesan situasi politik, ekonomi dan perkembangan sosial semasa terkesan dalam cara pengurusan masing-masing. Bagi individu, setiap daripada kita pula terkesan dengan apa juga latarbelakang hidup dan kerjaya.

Sama ada bekerja dalam ejensi kerajaan atau swasta, kita terkesan juga dengan perkembangan ekonomi dan politik negara.

 

Menguruskan tugas dan diri merupakan antara kekuatan yang ada pada seorang intrapreneur.
Meskipun mereka juga mempunyai kelemahan untuk bertahan dalam situasi tertentu, mereka mempunyai kelebihan mengembangkan dan menguruskan perkara dalam bidang kerjaya yang mereka pilih.

Menyeimbangkan antara keperluan entrepreneur dan intrapeneur merupakan salah satu cabaran juga. Ia bukanlah satu yang mustahil dicapai. Malah, ia merupakan satu keseimbangan yang diperlukan dalam semua organisasi.

 

Ada rakan yang mengatakan bahawa realiti dunia korporat dalam bisnes itu kejam.
Nilai kemanusiaan juga adakalanya tidak kelihatan.

Manakala, ada sebahagian rakan niaga menyatakan bahawa melalui empayar bisneslah satu ketamadunan bangsa boleh dibangunkan. Malah, disinilah nilai-nilai kemanusian dapat dibangunkan.

 

Melihat situasi ini, benarlah yang dikatakan tentang perlunya mengenali sifat manusia.

Apa sahaja yang melibatkan manusia, sifat manusia itu akan ada. Apabila sebuah syarikat bisnes dibangunkan, sifat-sifat manusia ini dikendalikan melalui sistem dan SOP.

Apakah antara sifat manusia itu?
Antaranya termasuklah tamak dan dengki. Sama ada berbisnes atau tidak, sifat ini masih wujud dalam diri manusia.
Perasaan marah, tertekan dan defensive, merupakan antara ciri-ciri manusia juga.
Maka, perasaan ini ada pada manusia meskipun mereka tidak berbisnes.

Ini bukan hanya untuk orang yang bekerja dalam syarikat atau institusi bisnes.

 

Dalam organisasi dan syarikat, budaya kerja dan sistemnya dipupuk melalui proses, prosedur, SOP, KPI dan polisi yang dibangunkan. Supaya manusia dan ciri-cirinya itu dapat dikawal sendiri oleh setiap individu.

Masih ada juga situasi di mana pergaduhan, tidak puas hati, tertekan lalu menekan orang lain. Ada yang keliru lalu menyalahkan orang lain .

Inilah yang berlaku dalam beberapa sesi mesyuarat dan perbincangan yang menjadikan situasi dan keadaan menjadi tegang. Ada yang marah, menjerit, membaling fail, berkata kasar, mengancam dan apa juga tindakan yang tidak manis dan kurang sopan.

 

Setiap individu mempunyai pencapaian yang perlu diperolehi. Pada masa yang sama, dalam setiap kumpulan pula ada sasaran yang perlu dicapai. Adakalanya, mereka hanya mahu tahu tindakan dan langkah penyelesaian. Maklumlah.
Apabila hanya penerangan sahaja diberikan, ia umpama alasan yang diceritakan berulang-ulang.

Namun, semua ini masih boleh dikawal dalam kerangka yang harmoni apabila ada pihak yang mengambil langkah berdiam diri dan mengawal emosinya. Bak kata pepatah, tidak hilang bisa ular yang menyusur akar.

 

Realitinya, sama ada bisnes atau tidak, dunia ini hanya kelihatan kejam kepada mereka yang tidak dapat mengawal apa yang ada dalam kawalannya.

Akhirnya, satu soalan yang perlu dijawab.
“Mahu ke mana kita sebenarnya?”

.

Teks: Noraminah Omar

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.