KEPUTUSAN : PERIBADI DAN BISNES

Kehidupan ini merupakan satu jalan untuk kita lalui. Melaluinya, supaya kita dapat sampai ke destinasi yang dituju. Ada jalan yang berliku, ada juga jalan pintas, malah ada jalan ‘highway’ yang memudahkan kita.

Jalan-jalan yang kita pilih pula banyak bergantung kepada situasi serta mode perjalanan yang kita ambil.

 

Memandu kenderaan sendiri atau menaiki kenderaan awam, merupakan antara pilihan biasa. Adakalanya, kita juga perlu memilih untuk menumpang kenalan apabila perlu menuju ke satu-satu destinasi. Semuanya, banyak bergantung kepada keputusan yang kita buat.

Malah, keputusan kita juga banyak bergantung kepada situasi peribadi kita. Sekiranya kita masih bujang, sudah berpasangan atau sudah berkeluarga, ia merupakan situasi khusus yang membolehkan kita membuat keputusan.

 

Kehidupan, memang begitu. Maka, berbeza situasi dan latar belakang menjadikan kita manusia yang berbeza dalam membuat keputusan.

Mahu tidak mahu, mengusahakan bisnes juga begitu. Malah, ia melibatkan bukan hanya angka dan nombor, juga melibatkan situasi sebagai seorang pemimpin organisasi. Meskipun syarikat perlu membuat keputusan yang baik berdasarkan angka, ia masih melibatkan tugasnya sebagai organisasi yang menimbangtara keperluan kumpulan dan orang-orangnya.

 

Dalam banyak situasi, syarikat bisnes akan mengambil keputusan yang paling minima risikonya kepada syarikat dalam satu-satu situasi. Risiko ini akan dinilai berdasarkan laporan dan angka-angka yang mereka perolehi daripada analisa semasa yang dibuat.

Kita ambil contoh semasa. Meskipun beberapa syarikat bisnes tahu bahawa segmen pelanggan mereka akan berubah akibat kenaikan harga, mahu tidak mahu, keputusan untuk meletakkan semula harga baru atau mempakejkan semula produk sedia ada kepada produk baru, masih perlu dibuat.

 

Secara peribadi, sebagai pelanggan, kita sudah tentu tidak mahu kenaikan harga berlaku. Pada masa yang sama, sebagai individu yang berada dalam kumpulan pengurusan bisnes, sudah tentu mahu memastikan angka-angka yang baik dihasilkan dalam perusahaan bisnes itu.

Ini adalah contoh biasa yang boleh kita sama-sama lihat dalam situasi sekarang.

Berbalik kepada perkara asal, bagaimana kita mahu menghadapi situasi apabila adanya keperluan membuat keputusan yang ada kaitan secara langsung dengan situasi peribadi?

 

Apakah patut kita dahulukan situasi peribadi kita dalam hal mencapai objektif perusahaan bisnes?
ATAU, apakah kita mesti mengenepikan keperluan peribadi kita supaya organisasi dan syarikat terus berjalan?
Bersediakah kita menerima kesan kepada situasi yang melibatkan persendirian untuk memastikan bisnes berjaya?
Bersediakah kita melepaskan semua kuasa dan jawatan yang memberi manfaat secara peribadi untuk sebuah perusahaan maju dan berkembang?

 

Akhirnya, tugas kita sebagai manusia, perlu menamatkankan laluan jalan yang kita lalui untuk sampai ke destinasi.

Adakalanya, kita perlu berhenti sebentar.
Adakalanya, kita perlu bertukar jalan lain.
Sesekali, kita perlu mencuba jalan baru.
Ada masanya, kita perlu meneroka jalan yang belum orang lain lalui.

 

Semua ini, merupakan keputusan yang kita pilih untuk lakukan.
Sama ada dalam keadaan rela atau terpakasa, ia masih sebuah keputusan.
Kita memilih, dalam kapasiti perkara yang kita boleh kawal.

 

 

Teks oleh:

Noraminah Omar

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.