PENGALAMAN BERHARGA : MENGURUSKAN SYARIKAT

~ Kisah Newbie dalam Bisnes ~
 
Pada tahun 2007, bagi memulakan sebuah bisnes, saya membeli sebuah syarikat SDN BHD (on the shelf company) melalui setiausaha syarikat yang diperkenalkan oleh orang lama dalam bisnes.
 
Oleh kerana bisnes yang dijalankan melibatkan dana daripada ejensi kerajaan, syarat wajib pada masa itu ialah mesti mempunyai syarikat SDN BHD berkadaran dengan amaun dana yang diambil.
 
Pada masa itu, wajib ada 2 nama. Bermulalah pengalaman saya menguruskan (sendiri-sendiri) syarikat SDN BHD bersama nama suami, yang hanya menjadi pemegang saham dan pengarah syarikat (non-executive director).
 
Pengalaman menguruskan hal perakaunan syarikat bermula dengan ‘semuanya buat sendiri’, sehinggalah mempunyai lebih 50 orang pekerja pada tahun 2010.

~ Keperluan Menyusun ~
 
Pada tahun itu juga, selepas melalui beberapa situasi pengurusan, saya mencari seorang lagi calon pemegang saham untuk menjadikan 3 nama dalam syarikat. Calon yang terbaik pada masa itu, ialah kakak saya sendiri.
 
Bermulalah episod kedua, pengalaman menguruskan syarikat dengan ada 3 orang pemegang saham dengan mengekalkan 2 pengarah sahaja.
 
Ini dibuat supaya syarikat boleh mendapat tambahan dana dan pada masa yang sama, saya mahu mengekalkan kuasa majoriti dalam syarikat. Adalah kisah politiknya.
 
~ Risiko Kewangan dalam Bisnes ~
 
Menjelang tahun 2012, ‘risk exposure’ kepada dana yang diambil mencecah kepada 1 juta dengan jumlah liabiliti bisnes mencecah 1.3 juta.
 
Pada masa ini, saya mula mendapat banyak pendedahan kepada beberapa perkara yang melibatkan risiko peribadi sebagai pengarah dan pemegang saham majoriti dalam syarikat bisnes sendiri.
 
Ini termasuklah menimbangtara untuk mengurangkan komitmen pengarah syarikat sebagai ‘personal guarantor’ kepada beberapa perjanjian fasiliti bank yang mencecah RM200K.
 
Kedua, saya juga mula belajar menilai potensi growth syarikat dan bisnes itu sendiri menjelang masuk tahun ke-5 menguruskan bisnes itu.
 
 
~ Keputusan Bisnes ~
 
Menjelang penghujung tahun 2013, kesemua bisnes dijual (sebagai langkah pencairan aset) dan beberapa akaun dana pinjaman dan kreditor dengan nilai besar dilangsaikan.
 
Pada tahun 2014, selepas semua transaksi jualan bisnes selesai, syarikat dapat ‘discharge’ daripada ‘debenture agreement’ yang melibatkan lebih setengah juta liabiliti (dana daripada ejensi kerajaan).
 
Pada masa ini, syarikat SDN BHD masih tidak boleh ditutup, memandangkan masih ada berbaki hampir RM200K rekod hutang di bank.
 
Sehingga tahun itu, syarikat yang sudah tidak beroperasi, masih saya tidak tutup menunggu agar semua baki liabiliti diselesaikan dahulu.
 
Bermulalah proses kedua dimana beberapa aset yang dibeli hasil daripada menjalankan bisnes dicairkan untuk buat ‘clearance’ semua baki hutang di bank.
 
Pada masa ini, keputusan bisnes yang diambil pada 2013 itu, memberikan saya 2 perkara. KeTENANGan fikiran bebas daripada personal liability hutang bisnes yang besar dan keSUSAHan menempuh hidup dengan gaya baru.
 
Kini, saya melalui lagi satu fasa pengalaman belajar untuk menutup syarikat. Ya. Membuka syarikat itu mudah. Menguruskannya sukar tetapi seronok. Menutupnya lebih payah dan berganda sukarnya.
 
 
~ Mencorak Jalan Seterusnya ~
 
Hakikat berbisnes (senang) dan kemudian memulakan yang baru (sukar) memang pahit. Semuanya itu melibatkan keputusan bisnes.
 
Saya banyak belajar daripada pengalaman bekerja dan pengalaman bisnes pertama. Semua jaringan kawan-kawan bisnes, masih ada yang aktif, ada yang kurang aktif. Semenjak tahun 2013 hingga kini, saya juga banyak belajar di ABS.
 
Hidup, persepsi dan apa yang kita buat, adalah tanggungjawab sendiri. Hakikat kita ini tidak sempurna, menjadikan kita sentiasa belajar dan bersyukur.
 
Apabila kita pernah mengalami hidup senang, kita juga akan menghargai kesusahan.
 
Masih boleh cakap JAWA

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.