TADIKA SEBAGAI BISNES PERTAMA ATAU BISNES TAMBAHAN

Bisnes pendidikan menjadi pilihan buat ramai orang bisnes. Tidak kira sama ada sebagai bisnes pertama atau sebagai bisnes tambahan, ia merupakan satu pilihan yang menarik. Ada banyak sebab mengapa bisnes pendidikan menjadi pilihan.

Antaranya ialah atas dasar membangunkan satu bisnes yang dapat memberi pulangan optimum dari segi nama baik, saham akhirat dan juga pendapatan bisnes. Bisnes pendidikan yang diuruskan secara bersyarikat adalah sebuah organisasi yang bersandarkan pendapatan. Ia mesti diurustadbir dengan tatacara bisnes.

 

Pengurusan bisnes secara bersyarikat membolehkan sebuah organisasi mengekalkan kualiti dan meningkatkan penambahbaikan dalam pengurusan program pendidikan itu sendiri.

 

Semasa saya memulakan bisnes, saya menggunakan kekuatan dan pengalaman saya sebagai seorang guru banyak terhad dengan pengalaman sendiri sahaja. Saya mempunyai sedikit pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang terhad kepada menguruskan pusat pendidikan dan tadika dengan kapasiti yang kecil.

 

Jadi, bagaimana saya mahu menguruskan hal-hal lain yang melibatkan keperluan bisnes termasuk pengurusan akaun, operasi syarikat dan bahagian sumber manusia?

 

Saya tidak boleh menunggu sehingga saya mempunyai cukup wang untuk menggajikan seorang pekerja akaun untuk menguruskannya. Pembayaran dan perbelanjaan yang bersifat harian mesti diuruskan.

Ramai yang boleh memberikan nasihat malah bersedia untuk membantu. Namun, dalam bisnes yang melalui fasa permulaan, hampir 80% perkara berkaitan kewangan mesti diuruskan sendiri.

 

Bagaimana pula dengan pengurusan harian bisnes yang melibatkan perkara teknikal yang melibatkan kontraktor, majlis bandaraya, perlesenan dan urusan yang berbentuk perundangan?

Ini semua banyak melibatkan keperluan belajar bagi pengusaha yang pertama kali menceburkan diri dalam perusahaan bisnes pendidikan. Bagi yang sudah mempunyai bisnes lain, mereka mungkin dapat menggunakan jaringan bisnes sedia ada.

 

Apabila kita mempunyai kawan dan juga rakan niaga yang lain, banyak urusan pengendalian syarikat dapat kita rujuk dengan mudah. Namun, apabila kita memulakan bisnes pendidikan tanpa ada kemahiran pengurusan bisnes, kita mesti bersedia untuk mengambil rakan kongsi atau pekerja yang mahir dalam bidang berkenaan.

 

Dalam konteks mengumpulkan modal juga begitu. Ada keperluan dokumentasi, fahaman dalam pengurusan bisnes dan juga keupayaan kita menerima dan menguruskan pemodal. Ada banyak situasi dimana pengusaha bisnes yang menerima modal daripada orang lain, akhirnya terpaksa menyerahkan bisnes atau membayar dengan nilai yang tidak setimpal kepada pemodal.

 

Pengurusan bisnes secara professional mesti disusunatur. Meskipun pada peringkat permulaan beberapa tugasan dilakukan oleh orang yang sama, pelan pengembangan dan penyusuan struktur pengurusan operasi mestilah sudah ada.

 

PELAJARAN:

Bagi orang bisnes dengan modal kecil, mereka perlu bersedia mengamalkan strategi “bergerak maju sambil membangun”.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.