BERTANGGUNGJAWAB

Bagi kita yang menguruskan bisnes, kita sering bercakap tentang tanggungjawab. Ia biasa dikaitkan dengan tugas dan jawatan. Malah, adalam banyak syarikat kecil, kita sering mendengar orang bisnes menyatakan bahawa mereka memegang semua tanggungjawab utama dalam syarikat.

Maklumlah. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise, biasanya dimulakan dengan satu nama. Kemudian, ada juga yang memilih membuka syarikat dengan 2 nama. Biasanya, nama kedua itu sama ada pasangan atau ahli keluarga. Maka, pada kebanyakan masa, semua tanggungjawab itu digalas semuanya atas satu atau dua bahu sahaja.

 

Dalam konteks pengurusan bisnes bersyarikat, terutama bagi syarikat yang sedang membersar, perkara yang berkaitan ‘tanggungjawab’ banyak berkait langsung dengan pencapaian. Mari kita ambil contoh yang mudah.

Antara pencapaian penting dalam bisnes ialah menjana pendapatan yang lebih daripada cukup. Bermakna, mencapai ‘break-even point’ dan seharusnya mempunyai lebihan pendapatan. Maka, ‘tanggungjawab’ mencapai pencapaian pendapatan ini merupakan satu perkara penting dalam bisnes.

Apatah lagi apabila syarikat sudah beroperasi lebih daripada 3 tahun. Mahu tidak mahu, pendiri bisnes tidak boleh selesa dan berpuashati dengan pendapatan sahaja. Syarikat yang mempunyai potensi ‘growth’ mesti mempunyai fokus tambahan iaitu kepada pencapaian ‘profit’ tertentu. Ini berlaku biasanya selepas pencapaian pendapatan dapat dicapai paling tidak pada 3 tahun pertama.

 

Mempunyai rasa OK atau TIDAK MENGAPA asalkan cukup makan, BUKAN satu mentaliti bisnes yang betul untuk dibawa dalam syarikat yang bercita-cita besar.
Mempunyai ‘mindset’ TAKUT staf PENAT dan LARI, bukanlah satu budaya untuk syarikat yang mahu mencapai sasaran jualan sejuta setahun.

Mempunyai gaya kerja, jangan SET KPI tinggi, nanti TAK CAPAI SUSAH, juga satu cara kerja yang perlu dibuang jauh-jauh. Ini penting, apatah lagi jika kita memang bercita-cita mahu membawa syarikat disenaraikan di mana-mana papan di Bursa Malaysia.

Sayangkan ‘partner’ lebih daripada menjaga kepentingan ‘stakeholder’, bukanlah caranya.

 

Dalam hal pengurusan syarikat, hakikat untuk ‘move on’ itu ialah apabila kita menerima kesilapan lalu, kerjakan sahaja supaya dibetulkan. ELAKKAN bergaduh atas hal lampau. Kemudian, susunkan sahaja gerak kerja semasa, dengan cubaan baru yang lebih baik.

Meskipun ada rasa TIDAK PUAS HATI, simpanlah dahulu agar ia lebih baik buat semua. Asingkan keperluan kita duduk dalam syarikat sebagai pemegang saham, ALP dan tim eksekutif. Apabila memang ada kesilapan, terima sahajalah kutukan dan komen yang menyayat hati itu.

 

Teruskan usaha, rekodkan perkara mengikut keperluan ‘compliance’ semasa. Akhirnya nanti, usaha dan proses yang dijalankan ke arah pencapaian kita itu yang akan bercakap lebih kuat untuk kita.

Hidup ini, terlalu singkat untuk disukarkan dan menyukarkan.

Be simple.
Simply, be accountable!

 

 

Noraminah Omar

7.48 malam
Kajang

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.