Mahu Berjiwa Besar. Bagaimana?

Apabila kita memerlukan kemahiran berhubung dengan ramai orang dalam kerja yang kita lakukan, kita diberitahu supaya kita mesti berjiwa besar. Maka, dengan itu, kita akan lebih mudah menerima kepelbagaian. Pada masa yang sama, kita akan dapat menjadi manusia yang mudah diterima.

Menjadi orang yang mudah diterima, membolehkan kita mudah bekerjasama dengan orang lain. Apakah mudah diterima itu bermakna kita disukai ramai?

Tidak sama sekali!

 

Ada ramai orang yang menjalankan kerjanya dan bisnesnya tidak langsung disukai oleh ramai orang. Tetapi, orang masih mahu bekerjasama dengan dia. Apakah Tuan dan Puan pernah berada dalam situasi ini? Apakah Tuan dan Puan pernah bekerjasama dengan orang yang Tuan dan Puan tidak suka?

Ya, begitulah.

 

Berjiwa besar menjadikan kita berjaya mengawal emosi diri dan ‘self preference’. Berjiwa besar menjadikan kita lebih responsif dan rasional.

Maka, apakah cara yang boleh kita ambil supaya kita dapat membina batu-bata kepada sebuah bangunan dalam diri kita yang kita panggil ‘jiwa besar’ itu?

 

1. KAWAL EMOSI
Kuasai kemahiran mengawal pernafasan. Ini membolehkan kita menjadi tenang dalam situasi tegang.  Biasanya, selepas melalui situasi itu kita perlukan ‘the powerful feeling of catharsis’. Pilihlah jalan dan cara yang lebih bersifat tertutup.

2. BANYAK MENDENGAR
Diam dan angguk-angguk apabila bercakap dan berjumpa dengan orang lain supaya tidak timbul perbalahan. Apabila ada situasi atau perkara yang perlu diterangkan atau diperbetulkan, lakukan itu selepas situasi tenang ATAU pada sesi yang lain.

3. CUBA DAHULU
Apabila dalam situasi kita menerima arahan atau cadangan baru, ambil posisi untuk mencuba dan menerima dahulu. Dalam situasi bisnes, pastikan cubaan itu dalam kerangka risiko yang boleh diurus dan kerugiannya boleh diserap.

4.  DIAM ELAK GOSIP
Mahu tidak mahu, kita akan mendengar banyak cerita dari ramai orang. Kawal diri supaya hanya bercakap berdasarkan maklumat. Sekiranya ianya pemerhatian peribadi, hadkan perkongsian.

5. KOMITMEN – ACCOUNTABILITY
Manusia, tetap manusia. Binalah cara dan budaya kerja yang bersungguh dan menjalankan setiap tanggungjawab dengan serius. Meskipun cara kerja berbeza, orang sekeliling dapat menilai siapa yang benar-benar serius dan orang yang macam mana yang hanya ‘mahu cakap-cakap’ sahaja.

 

 

Bagi kita yang mempunyai pelbagai situasi dan perbezaan gaya hidup, kita mempunyai cabaran dan dugaan yang berbeza. Secara amnya, kita semua mempunyai tanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat.

Bagi orang bisnes yang menguruskan sekumpulan orang (staf) dalam syarikatnya, tanggungjawabnya melangkaui keperluan keluarganya sendiri, malah berpuluh-puluh keluarga lain dalam kumpulan bisnesnya. Ia juga merangkumi, kumpulan pelanggan yang sentiasa memberikan mereka sokongan dengan mengambil dan membeli barangan dan perkhidmatan daripada syarikat bisnes itu.

 

Sejujurnya, saya juga sedang membina dinding ‘jiwa besar’. Adakalanya, dinding yang sedia ada, tidak cukup saiz, belum cukup ketebalan dan memerlukan bahan binaan baru.

 

Yang baik buat semua, dengan izin Allah jua.

 

15325388_1891340831088701_3798941624894292428_o

https://absholdings.onpay.my/order/form/tiketkongres/129

Teks:

Noraminah Omar

6.33 pagi, Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.