Bisnes, Jenama dan Saya.

Sekitar tahun 2010, selepas 3 tahun memulakan bisnes sendiri, saya mula belajar tentang kepentingan ‘networking’. Berkenalan, bercakap, berbincang dan berbual dengan orang bisnes yang dari pelbagai industri adalah antara aktivitinya.

Ada banyak platform khusus untuk orang bisnes berkumpul. Ada yang berbentuk persatuan da nada yang berbentuk institusi syarikat bersistem. Apa pun, objektifnya tidak lari jauh. Masih fokus kepada memberi ruang kepada orang bisnes berkumpul dan berkongsi idea.

Ada banyak juga program dan aktiviti yang menjadi platform ‘networking secara langsung dan tidak. Saya masih ingat beberapa orang founder bisnes yang pernah berkongsi cerita atas platform sesi perkongsian dan jaringan bisnes.

Antara yang menarik dan saya masih ingat ialah perkongsian tentang jenama. Ramai usahawan yang memulakan bisnes dengan apa yang ada. Jadi, ada founder bisnes yang menjadikan dirinya sendiri sebagai duta, model atau jurucakap kepada produk atau servisnya.

Antara jenama yang masih saya ingat ialah, produk kecantikan D’navechee dan Seri Aida, beras Faiza dan restoran D’Tandoor, pusat pendidikan Genius Aulad, Little Caliph dan Smart Reader.

Mendengar perkongsian mereka, antara bisnes dan diri, antara jenama dan nama, ada pelbagai tauladan yang menarik. Meskipun bisnes model dan sistem mengembangkan bisnes mereka berbeza, mereka mempunyai persamaan yang nyata.

“Mereka mula bercakap untuk jenama. Akhirnya, jenama itu bercakap untuk mereka.”

Kesemua founder yang mempunyai bisnes yang ‘scalable’ dan ‘repeatable’ mempunyai persamaan tertentu. Setiap jenis bisnes yang dikendalikan oleh faoundernya, mempunyai cara pengurusan yang berbeza meskipun adalam industri yang sama.

Secara amnya, bisnes yang berjaya dikembangkan dan boleh dilakukan secara berulang-ulang mempunyai beberapa ciri:

[A] Apabila mahu mengembangkan bisnes, foundernya bersedia untuk berkongsi. Merka berkongsi jenama, sumber, peluang dan keuntungan.
[B] Apabila mereka menyusun model bisnes, mereka memastikan bahawa bisnes mereka terbukti ‘buat duit’ supaya boleh di’duplicate’ dengan mudah untuk orang lain ‘buat duit’ juga.
[C] Mereka membuat duit bukan hanya daripada jenama itu, tetapi melalui jenama itu juga.
[D] Mereka bersedia melabur untuk proses pembangunan (research & development) dan komited dengan perkembangan tim itu.
[E] Mereka bersedia berbelanja untuk membangunkan sistem sokongan yang sesuai untuk operasi bisnes mereka yang unik.
[F] Mereka menguruskan bisnes yang berkembang dengan bersyarikat, gaya korporat.

Antara fokus utama dalam pengurusan mereka adalah ‘delegation and separation of duty, system intelligence’ dan ‘company building’.

Sebagai founder bisnes, kebanyakannya tidak lagi menyandang jawatan eksekutif selepas bisnes berjalan melepasi tempoh 3 tahun pertama. Mereka tidak lagi sibuk ke sana sini mengurus operasi harian bisnes yang bersifat rutin.

 

 

Teks: Noraminah Omar

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.