MEMBINA JARINGAN BISNES
Jaringan bisnes umpama yang jaring yang dipasang di gelanggang tenis.
Ia tidak dibuat dengan hanya seutas benang biasa. Ia merupakan jaringan yang menggabungkan banyak bahan lain meskipun fungsinya cuma menjadi penanda aras kepada sebiji bola yang sangat kecil!
Mahu atau tidak, menjalinkan hubungan dengan orang bisnes lain menjadi salah satu tanggungjawab utama apabila kita menjadi orang bisnes. Bercakap-cakap dan berbual sesama ahli bisnes menjadi antara rutin harian.
Menghadiri mesyuarat, kelas latihan, perhimpunan dan pembentangan kertas kerja berkaitan bidang juga menjadi satu kemestian dalam jadual tahunan.
Melalui aktiviti pertemuan inilah perkenalan dan pembinaan jaringan bisnes dimulakan. Akhirnya, atas rujukan dan ‘recommendation’ sesama orang bisnes, jaringan kenalan menjadi semakin berkembang.
Ini membolehkan perkongsian maklumat dan khidmat bisnes saling bertukar anatar kenalan yang mereka sudah tahu dan kenal pasti akan reputasinya. Ramai orang bisnes yang menjadi sukar bergerak apabila sendirian dan tidak dikenali bisnesnya dikalangan pemain dalam industri.
Meskipun bermula dengan bisnes kecil, mereka yang sering ditemui dan rajin membina jaringan bisnes lebih mempunyai peluang yang besar untuk berkembang dalam bisnes.
Kongres ABS 2017 merupakan salah satu ruang dan peluang untuk bertemu dan mengenali ramai orang bisnes serta mereka yang mahu memulakan bisnes start up.