MEMBANGUNKAN SOP untuk BISNES ENTERPRISE

Apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai SOP?

SOP ialah kependekan untuk ‘standard operating procedures’ yang disediakan bagi satu-satu perkara atau aktiviti berbentuk berulang.

NORAMINAH OMAR

SOP penting dalam menjalankan tugas dan aktiviti yang melibatkan keselamatan seperti di pusat kesihatan, hospital dan juga bahagian penyelamat seperti bomba. Malah. Banyak ejensi yang menguruskan hal-ehwal yang membabitkan nyawa mempunyai SOP yang ketat sekali.

 

Bagi bisnes, SOP mempunyai fungsi lebih daripada itu. Ia bukan hanya tentang hal keselamatan nyawa, malah meliputi semua aspek pengurusan yang melibatkan hal perundangan dan akta.

 

Bagaimana pula halnya dengan bisnes enterprise? Bisnes enterprise ialah bisnes yang dijalankan dengan mendapat lesen yang sah. Apabila lesen enterprise digunapakai, bisnes itu samalah seperti bisnes persendirian. Ia dipunyai dan dipertanggungajwabkan atas nama satu orang atau beberapa orang.

 

Bisnes enterprise banyak dijalankan sebagai satu bisnes pertama. Ada juga yang memilih bisnes enterprise atas dasar memang mahu menjalankan bisnes dengan cara itu.

 

Apakah SOP masih penting untuk bisnes enterprise?

 

Secara logik amnya, ia lebih penting kerana semua risiko bisnes ditanggung sepenuhnya atas nama individu. Tiada pemisahan anatara entity bisnes dengan orang yang menjalankannya. Inilah perbezaan besar antara bisnes enterprise dan juga bisnes persyarikat.

 

SOP disediakan apabila pengusaha (pendiri bisnes) mempunyai mindset mahu mngembangkan atau memberikan warisan bisnes kepadanya generasi akan datang.

 

Meskipun bisnes itu tidak dijalankan secara bersyarikat, ia masih boleh diwariskan dengan adanya SOP yang didokumenkan. SOP itu menunjukkan bagaimana, dimana, bila, siapa dan berapa lama setiap aktiviti itu berjalan.

 

SOP yang dibangunkan oleh bisnes enterprise tidak ada bezanya dengan SOP yang dibangunkan oleh bisnes bersyarikat. Ia berbeza mengikut konteks penggunaan dan tujuannya dalam menentukan kelangsungan bisnes.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.