PERSEDIAAN MINDSET PENDIRI BISNES

Amnya, mindset itu ialah apa yang kita percaya dan cara kita menerima dan berfikir tentang sesuatu. Ini juga dikenali sebagai sikap. Biasanya, sikap itu terhasil daripada mindset yang kita ada.
Maka, sebagai pendiri bisnes, apakah sebenarnya mindset yang kita perlu ada? Bagaimana kita boleh mengubah mindset kita dan seterusnya menghasilkan sikap dan tingkahlaku yang berbeza?

 

Pertama, antara yang penting ialah dengan mengetahui tentang adanya risiko bisnes. Apabila kita sudah ada mindset bahawa bisnes ini berisiko, sikap dan tingkahlaku kita kepada bisnes juga akan berubah.

Biasanya, kita dihidangkan dengan kisah bagus dan peri pentingnya berniaga mengikut tuntutan agama. Namun, apakah dengan mindset bahawa berniaga ini membolehkan kita kaya dan merupakan 9/10 daripada rezeki itu, mengubah sikap dan tingkah laku kita kepada yang lebih baik?

 

Keduanya, antara kepentingan SIAP dan SEMPURNA itu, SIAP menjadi keutamaan gaya fikir kerja dalam urusan bisnes yang serius. SIAP bermakna sudah masak dan boleh dimakan, meskipun ianya kurang enak.

Siap, boleh disempurnakan dalam satu tempoh masa.

 

Ketiga, dalam bisnes juga ada banyak kepercayaan yang tidak berasas. Ini termasuklah bahawa dengan bisnes kita mempunyai kebebasan masa dan menjadi orang yang mulia.

Pada masa yang sama, ramai mengaitkan tentang keikhlasan dan mudahnya bisnes itu hinggakan ia boleh dilakukan oleh semua orang.

 

Minset yang betul TIDAK boleh didasarkan dengan mitos dan kepercayaan tanpa asas. Hakikatnya, bisnes itu juga membolehkan seorang manusia menjadi miskin dan paling hina dalam dunia.

 

Malah, andai benar bisnes itu mudah, apakah yang menyebabkan orang boleh muflis dan porak peranda hidupnya kerana bisnes?

 

Apabila kita mempunyai mindset sebagai pendiri bisnes, kita sebenarnya bersedia dengan yang berikut:

 

  1. Mengetahui risiko berkaitan bisnes
  2. Faham akan konsep SIAP dan SEMPURNA
  3. Tahu dan boleh menguruskan emosi apabila berhadapan dengan MITOS dalam bisnes

 

Dengan persediaan mindset yang betul, kita akan menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang berbeza.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.