PASCA KONGRES ABS 2017: MENGURUS BISNES KECIL

 

15325388_1891340831088701_3798941624894292428_o

Antara yang terkini saya mahu kongsikan dalam posting ini ialah topik pengurusan bisnes kecil.

Pada pandangan biasa, bisnes kecil apabila kita hanya menjalankan bisnes sendirian, bersama keluarga atau dengan rakan-rakan. Malah, ramai juga diantara kita yang melihat bisnes kecil itu, hanyalah untuk orang biasa, tanpa nama, macam kita.

Rupa-rupanya, bisnes kecil yang dimaksudkan, bukanlah kecil yang macma kita fikir.

Sebuah bisnes yang menjana pendapatan setahun sebanyak RM300,000 sudah masuk kategori bisnes kecil.
Bisnes dengan staf 5-70 orang pun masih bisnes kecil.
Ini semua hanyalah definasi.

 

Sama ada kecil ATAU besar, pengurusan bisnes mestilah disusun rapi.

Apakah sebenarnya yang penting bagi sebuah bisnes?

Dalam slot yang dibawakan oleh Tuan Jaffa Sany, Chairman ABS Ainon Holdings Sdn Bhd, beliau berkongsi tentang 4 perkara penting dalam pengurusan bisnes, tanpa mengira saiznya.
+ Pelan strategik
+ Rancangan bisnes
+ Struktur pengurusan
+ SOP dan sistem pengurusan.

 

Secara peribadi, saya sendiri melalui fasa penyediaan 4 perkara di atas secara lebih sistematik apabila berada dalam kumpulan syarikat bisnes. Berbanding semasa menguruskan syarikat sendirian, kumpulan syarikat bisnes membolehkan kita belajar lebih banyak dan cepat.

 

Pun begitu, apa juga pilihan pendiri bisnes, sama ada mahu kekal kecil ATAU membesar mengikut acuan masing-masing, ia adalah satu keputusan bisnes.

Tidak salah mahu kekal kecil.

Namun, banyak manfaatnya apabila kita merencana untuk berkembang.

 

Akhir-akhir ini, apabila pendidikan kepada pentingnya SOP dalam pengurusan, ia umpama satu manipulasi baru dalam dunia bisnes. SOP merupakan satu alat yang membolehkan bisnes kita berkembang dan boleh diuruskan risikonya.

SOP bukanlah raja atau satu-satunya faktor kepada kejayaan bisnes. Ia masih memerlukan pendiri bisnes mempunyai pelan strategik dan rancangan bisnes masing-masing.

 

Setiap sebuah syarikat mesti mempunyai visi, misi dan seterusnya menganalisa secara berterusan akan situasi bisnes semasa yang ada. Kemudian, dengan itulah adanya penyusunan struktur supaya proses pelaksanaan (execution) dapat berjalan.

Apabila operasi berjalan, dengan sendirinya keperluan SOP dan sistem pengurusan diperlukan.

 

Benarlah. Semakin kita belajar dan buat, kita akan menemui ilmu baru.
Mereka yang buat (mengamalkan) akan terlebih dahulu mendapat manfaat berbanding dengan yang tidak.

 

 

Noraminah Omar

Kajang
8.59 malam
3.5.2017

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

1 thought on “PASCA KONGRES ABS 2017: MENGURUS BISNES KECIL”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.