Hari ini, 6.5.2017.
Ada banyak aktiviti dan perkara yang berlaku dalam sehari. Ada yang perlu melibatkan diri secara 100% dan ada yang tidak.
Seperti biasa, akhirnya, kita mahu tidak mahu, pelru membuat pilihan. Jadual sehari, jamnya ada 24 jam. Sama untuk semua orang. Yang membezakannya ialah pilihan atas situasi dan tanggungjawab masing-masing.
Ada rakan yang bertugas di pasaraya, Sabtu dan Ahad bukan hujung minggu mereka.
Ada rakan yang mempunyai tugas sebagai suri rumah, kerjanya sentiasa ada. Rehatnya, hanya apabila keluar dari rumah, bukan di rumah.
Ada rakan, yang mempunyai banyak bisnes. Syarikat yang dipimpin lebih daripada 5. Jadualnya berbeza. Komitmennya berbeza.
Ada rakan yang menjadi penulis sepenuh masa. Ada jadual fleksibel, tetapi terikat apabila jadual sudah disusun. Susah untuk ‘adjust’ pula.
Ada rakan bekerja pejabat 8-5 setiap hari. Ada komitmen khusus. Hujung minggu, masa untuk keluarga. Ada masanya, hujung minggu perlu hadir ke pejabat juga.
Ya. Kita semua berbeza. Maka, tim yang ada pada kita juga, bergantung kepada situasi setiap daripada kita.
Bagi ramai Tuan dan Puan yang membaca catatan saya, kebanyakannya mempunyai bisnes. Kecil atau besar, bukan isunya. Bermula di rumah atau pejabat, bukan soalnya. Part time atau full time, bukan menjadi hal.
Kita melakukan tugas dan kerja kita, sentiasa memerlukan satu kumpulan. Maka, kita pula, apabila sudah ada 1 orang di bawah pemantauan kita, kita secara automatik menjadi ketua.
Cara, gaya adn bagaimana memimpin itu boleh dipelajari. Akhirnya, ia masih banyak bergantung kepada gaya dan cara kita.
=======
“KUAT KERJA”
Petang itu seperti biasa kami duduk di ruang kerja dalam ruang pejabat yang luas terbuka tanpa dinding.
“Puan, macam mana dengan program cuti sekolah?”
“Ada Puan. Setiap unit bisnes sudah bersedia.”
“Promosi sudah ada? Saya belum nampak. Promosi mesti buat 30 hari sebelum program. Itu minima.”
“Bukan, Puan. Memang ada. Cuma mereka semua sedang sibuk dengan program hujung minggu ini.”
Seperti biasa, saya mula banyak tanya.
“Program di 1 unit bisnes. 5 unit bisnes lain buat apa? Takkanlah 1 program semua unit buat kerja yang sama?
Unit lain buat apa?”
“Program tu, semua pun terlibat Puan.”
“Ya. Program itu bukan besar. 3 unit sahaja terlibat cukup untuk persiapan. Unit bisnes lain perlu jalan. Pelanggan memang sedia ada. Perlu target pelanggan baru.”
“Ok, Ok. Puan, saya minta mereka update.”
Saya tarik nafas panjang.
Ya, sebagai ketua kepada banyak unit bisnes,
kita ada banyak tugas follow up.
Adakalanya, apabila banyak tugas,
kita tahu semua sibuk dan jadual padat.
Akan ada yang terlepas pandang.
Kita yakin.
Apabila setiap unit dalam syarikat
mesti bersedia untuk sibuk.
Penat, ya. Kasihan, ya.
Kuncinya, alah bisa, tegal biasa.
Sudah biasa, tiada sukarnya. Banyak mudahnya.
Berlian itu terhasil dibawah tekanan.
.
Noraminah Omar
Percaya bahawa Tim kita akan kuat apabila kita layan mereka macam orang kuat.