Tuan dan Puan, rakan-rakan yang terus segar menjengah laman blog ini.
Kali ini, saya mahu berkongsi tentang menyusun jadual kerja.
Setiap individu mempunyai cara tersendiri bagaimana mereka menyusun jadual kerja.
Malah, aktiviti yang dijalankan juga, bergantung kepada syarikat dan jenis bisnes yang kita jalankan.
Memang ada banyak cara kita menyusunkan jadual kerja.
Ini penting supaya kita dapat menilai kerja kita sendiri, dan seterusnya mencapai KPI yang kita tetapkan sebagai ketua syarikat.
Ya, saya biasanya menentukan sendiri KPI diri.
Izinkan saya berkongsi bagaimana saya menyusun jadual kerja am setahun dengan
fokus khusus yang diberikan dalam hal pengurusan. Untuk pengetahuan Tuan dan Puan,
tugas yang saya sandang ialah menguruskan sebuah syarikat induk yang menjalankan bisnes pengurusan, pembekalan dan sokongan kepada program pendidikan prasekolah.
Maka, ada bebreapa perkara yang memang perlu berjadual khusus dalam industri dan jenis bisnes ini.
Berikut ialah jadual yang disusunkan dalam setahun.
Setiap perkara fokus khusus yang dimulakan dalam Q1 akan dibawa ke Q2 dan seterusnya.
Jan – Mac :
Semua jenis kempen di semua peringkat.
April – Jun :
Kualiti Audit Pematuhan dan Advisory.
Semua jenis kempen di semua peringkat.
Julai – September :
Mengembang dan membangunkan bisnes sedia ada dan baru.
Semua jenis kempen di semua peringkat.
Kualiti Audit Pematuhan dan Advisory.
Kualiti Audit Pematuhan dan Advisory.
Oktober – Disember :
Semua jenis kempen baru dan semakan operasi di semua peringkat.
Mengembang dan membangunkan bisnes sedia ada dan baru.
Semua jenis kempen di semua peringkat.
Kualiti Audit Pematuhan dan Advisory.
Kualiti Audit Pematuhan dan Advisory.
Perincian setiap aktiviti khusus akan dijalankan dalam setiap jadual mingguan dan bulanan.
Semua ini dilakukan DAN PADA MASA YANG SAMA, rutin pengurusan seperti mesyuarat, laporan dan seumpamanya.
=====
TENTANG KEMPEN
Kempen yang dibawakan ialah melibatkan semua bahagian.
Ada kempen untuk staf (tim eksekutif),
ada kempen untuk anak syarikat,
ada kempen untuk pengusaha bisnes,
ada kempen untuk pelanggan kepada jenama dan modul.
Kempen-kempen ini ada yang berjalan secara online dan offline.
Ada yang menggunakan medium media sosial dan pengendalian event.
Ada yang dijalankan secara internal sahaja.
TENTANG KUALITI
Semakan pematuhan dan juga advisory juga melibatkan banyak bahagian.
Ada untuk staf (tim eksekutif),
ada untuk anak syarikat,
ada untuk pengusaha bisnes,
ada untuk pelanggan kepada jenama dan modul.
Bagi bisnes ini, industri servis dan pendidikan, selepas 3 bulan pertama ada banyak perkara
dan peluang yang perlu diambil.
Perubahan tingkahlaku pelanggan juga menjadi input penting dalam usaha meningkatkan kualiti.
TENTANG MENGEMBANG DAN MEMBANGUNKAN BISNES
Bahagian ini juga melibatkan BUKAN sahaja pembukaan dan kemasukan bisnes baru,
malah penutupan dan penamatan perjanjian bisnes sedia ada.
Ramai menyangka pengembangan hanyalah dengan peningkatan nombor.
Realitinya, untuk membangun ada angka yang perlu diturunkan.
Ini termasuklah angka-angka hutang tidak dibayar, angka-angka hutang tidak dikutip,
unit tidak berprestasi dan kos operasi. Ini mesti diturunkan.
Pada bulan-bulan ini, banyak sesi-sesi minum kopi, penerangan, promosi,
taklimat dan seumpamanya berjalan dengan aktif.
Aktiviti ini bergantung kepada strategi yang kita susunkan.
TENTANG KEMPEN BARU DAN SEMAKAN OPERASI
Bahagian ini pula melibatkan kempen baru meskipun untuk kandungan dan jenis konten yang sama.
Setiap tahun mesti ada penambahbaikan.
======
Bagaimana dengan Tuan dan Puan?
Apabila ada rekod dan jadual begini, meskipun ianya tidak dicetak cantik dalam fail,
ia akan memudahkan pengalihan kuasa kepada CEO baru yang bakal menerajui syarikat kelak.
Tidaklah mereka perlu meniru cara kerja kita, melainkan meneruskan yang baik,
memperbaiki yang perlu DAN mencipta perkara-perkara baru.
Sesungguhnya, Allah jua yang maha bijaksana lagi maha mengetahui.
Salam perjuangan.
Noraminah Omar
11 pagi
11 pagi
Kajang.