— DIARI Intrapreneur 1 —
Menguruskan situasi yang memerlukan banyak dokumen, agak memeningkan.
Terutama apabila kita menguruskan satu persetujuan atau perjanjian untuk satu kumpulan yang yang besar. Tidak kiralah sama ada dokumen melibatkan pemegang saham atau kerjasama antara syarikat atau dua pihak.
Apabila melibatkan persetujuan, biasanya kedua-dua pihak akan teruja san seronok untuk meneruskan kerjasama. Perjanjian dan dokumen, merupakan satu alat yang menjadi penting supaya setiap percanggahan atau situasi dapat diselesaikan dengan rujukan.
Kali ini, saya teringat tentang situasi di mana ada lebih 50 perjanjian yang dokumennya perlu disemak.
Maka, minggu lepas, saya duduk bersama Tuan Mohd Izan Helmi, berbincang tentang beberapa dokumen baru dalam urusan syarikat. Ianya perlu disediakan bagi menggantikan dokumen yang sudah tamat tempohnya.
Beliau bertanya, “Apakah yang menyebabkan Puan mahu buat semakan kepada perjanjian sedia ada?
Apa isu sebenarnya?”
Saya menghela nafas panjang. “Tuan, saya kira selepas ini, apabila ada dokumen yang perlu ditandatangan oleh dua pihak, kedua-dua pihak mesti tahu, faham dan setuju dengan terma di dalamnya.”
“Ada apa Puan?”, beliau bertanya lagi.
“Begini. Apa yang saya lihat, bagi pihak vendor, mereka memberikan lebih daripada apa yang sudah dijanjikan. Ada pula ketikanya, yang ada dalam perjanjian tidak diberi, yang tiada dalam perjanjian pula diberi.”
Tuan Mohd Izan Helmi, angguk-angguk. Saya menyambung lagi, “Pihak kedua pula, banyak sangka-sangka sahaja. Yang tidak ada dalam perjanjian, itu pula yang mereka tuntut. Terma dalam perjanjian, tidak pula mereka ikut.”
“Tak mengapa, Puan. Saya faham. Selepas ini, saya akan bantu Puan.” Tuan Izan menamatkan perbincangan dengan senyuman.
Secara peribadi, saya tidaklah begitu gembira, atau suka berurusan dengan pihak profesional seperti peguam dan akauntan. Namun, saya tahu bahwa mereka merupakan antara entiti penting yang membolehkan pengurusan sebuah syarikat berjalan dengan lancar.
Apabila ada situasi di mana keperluan mematuhi polisi syarikat, bantuan pihak ketiga memang diperlukan. Ada juga pernah berlaku di mana keputusan dan piolisi syarikat, ditafsirkan sebagai satu perkara yang ‘tidak ada belas kasihan’ atau ‘kejam.
Tidak memberikan tempoh kredit panjang, dituduh sebagai kejam.
Menamatkan servis apabila klien tidak membayar yuran, dikatakan zalim.
Mengambil tindakan mengikut perjanjian, dikatakan tidak belas kasihan.
Bagi individu yang bertugas mewakili syarikat dan pada masa yang sama ‘deal’ dengan ramai orang bisnes lain, ia merupakan satu cabaran.
Akhirnya, secara peribadi, sama ada intrapreneur atau intrapreneur,
ia merupakan satu ‘stand’ dan ‘belief’ serta nilai yang kita pegang.
Secara jujurnya, sebagai seorang manusia biasa, kita ada membuat kesilapan.
Begitu juga saya. Paling penting, kita semua sama-sama berdoa agar semua cabaran dan kesukaran
yang kita lalui ini, menjadi pembuka kepada pintu-pintu kebaikan. Amin.
Noraminah Omar
11.17 malam
Kajang.