MENCARI SEMANGAT YANG HILANG

— DIARI Intrapreneur – 2 —

 

Waktu itu, syarikat sudah menetapkan polisinya untuk hanya fokus kepada anak-anak syarikat yang dapat diuruskan dengan cara bersyarikat yang baik. Kebolehan pengurusan anak syarikat meskipun kecil, tidak boleh di ambil mudah.
Apabila mereka bersedia untuk berkembang dan maju bersama, urusannya kelak akan lebih muda.

Apakah antara perkara yang dimaksudkan baik?

Ini termasuklah memahami asas pengurusan bersyarikat (saham, ALP dan kuasa eksekutif),
bersetuju dengan terma kerjasama, pengurusan secara berekod dan bersistem.

Maka, mahu tidak mahu, satu persatu anak syarikat yang ada disemak.
Perbincangan dijalankan berperingkat.

Akhirnya, pada bulan Mei 2017, ada 6 buah anak syarikat yang benar-benar boleh dipimpin untuk masuk dalam kapal syarikat induk. Saya duduk bersama setiap ketua syarikat satu-persatu. Sambil kami belajar, sambil kami berkongsi.

Sehinggalah saya bertemu dengan salah seorang ketua dalam sebuah anak syarikat.

“Puan, saya bukan apa. Saya malas nak bergaduh. Keluh seorang Pengurus.

“Apa situasinya?” Saya bertanya semula.

“Yalah. Susah, Puan. Kalau tak dapat kerjasama daripada semua.”

Ini bukan kali pertama saya mendengar aduan begini.
Malah, ianya datang dari beberapa individu, bercakap tentang perkara yang sama.

Kali ini, sudah tiba masanya, untuk Pengurus itu buat keputusan dan ambil tindakan.
Lalu saya bertanya, “Puan diberi kuasa sebagai Pengurus, betul?”

Dia angguk. Saya bertanya lagi, “Sebagai Pengurus, maknanya,Puan adalah ketua operasi dalam unit itu, betul?”

Dia angguk. “Itulah, Puan. Susah. Saya junior.”
Nada suara ini, jelas memberi makna resah dan sangsi.

Kecewa dan tidak berdaya.

Saya menyambung, “Baik. Jika saya bantu Puan melalui fasa ‘menyusun’
dan ‘menjalankan’ pelan tindakan ini, bagaimana?”

Dia diam. Saya menyambung, “Siapakah orang kedua selepas Puan?”

“Maksudnya?”

“Jika Puan tiada, siapa akan bertindak bagi pihak Puan? Puan bincang dahulu pelan dan rancangan penyusunan semula operasi yang ada ini, bersama beliau.”

Saya menarik nafas panjang.

Melihat ada senyuman di bibir, saya meneruskan bicara.
Kali ini dengan nada jauh lebih perlahan. “Saya akan sama-sama dalam usaha Puan dalam tim. Saya sebagai penasihat sahaja.
3 bulan. Boleh?”

“Ok. Macam mana, Puan?”

“Setiap 2 minggu, kita semak perkembangan pelan tindakan yang tim Puan sediakan.”
Saya meninggalkan beliau satu senarai dengan 6 perkara asas dalam hal pengurusan unit yang beliau kendalikan.
.

Sepanjang perjalanan saya pulang daripada sesi perbincangan itu, saya masih banyak berfikir.

Ya, kita semua perlukan sokongan dan bekerja dalam kumpulan untuk menjadi lebih kuat.

Kuat mengurus emosi diri, mental dan fizikal. Ini bukan sekadar retorik cerita semata-mata.
Ada ramai anak muda di luar sana, yang mahu berjaya dan maju ke hadapan.
Apabila kita yang sudah punya sedikit pengalaman ini mahu berkongsi,
ia sudah membuktikan kesungguhan dan semangat kita untuk memberi peluang kepada orang lain.

Benar, bukan semua orang mempunyai bakat dan kemahiran yang sama. Allah maha adil.
Ada antara kita yang bijak dalam menyusun strategi.
Ada yang bagus apabila menjalankan dan melaksanakan perancangan itu.

Ada juga yang petah dan pandai berbicara. Manakala, ada yang lebih bernas apabila menyusun tulis dan kata.

Semua ini, kemahiran dan bakat ada pada semua orang. Maka, yang tinggal hanyalah semangat dan keinginan untuk berjuang.

 

Berjuang menjadi lebih baik daripada  semalam.
Berjuang untuk memberikan diri mencuba banyak pengalaman baru.
Berjuang dengan memegang nilai yang kita teguh dan percaya kepadanya.

Dua minggu lagi, saya akan mula belajar, melorek warna ke atas sebuah kanvas, yang sudah punya banyak cerita.

 

Apa juag situasinya, kita adalah pejuang yang mesti terus berjuang.

 

Noraminah Omar

8.49 malam

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.