BAHASA dan DIRI

— DIARI Intrapreneur – 3 —

Alhamdulillah. Malam ini, 1 Ramadhan, lewat jam 11.30 malam, baru sahaja saya dapat melabuhkan punggung.
Membuka laptop dan mula menaip catatan buat kesekian kalinya.

Dalam tempoh 5 bulan, sudah 3 kali saya turun ke Johor Bahru.
Dua kali, saya menaiki bas, untuk perjalanan pergi dan balik dalam satu hari.
Seperti biasa, perjalanan mengambil masa 3 jam untuk bas dari TBS, KL sampai ke Yong Peng.
Sudah menjadi laluan dan perhentian biasa.
Kemudian, 2 jam seterusnya diambil untuk sampai ke terminal bas Larkin Sentral.

Ini jugalah boleh dikatakan, perjalanan yang paling nikmat yang saya pernah alami dalam bas,
selama kurang lebih, 5 jam itu. Saya mencuba satu perkara, yang sebelum ini saya sangka, saya tidak boleh melakukannya.

Membaca teks bercetak atas kertas dalam kenderaan bergerak.

Biasanya, saya memang membaca. Membaca teks atas skrin telefon.
Apabila saya berjalan jauh, sama ada dengan kereta atau bas, saya memang membaca.
Cuma, kali ini, saya membawa bersama bahan bacaan bercetak.

Sebelum ini, saya pernah mencuba membaca dalam kenderaan yang bergerak. Mata saya tidak tahan lama.
Selepas menempuh umur 40an, saya juga tidak sangka, mata saya boleh bertahan lama membaca teks atas kertas berbanding teks di skrin telefon.

Ia bukanlah satu keajaiban. Ia perkara biasa. Namun, bagi pencapaian peribadi, ia  adalah satu perkara baru bagi saya. Rupa-rupanya, membaca teks atas kertas, lebih menyenangkan mata dan nikmatnya berganda.
Saya tidak pasti dengan orang lain. Tapi, hari ini, saya menemui satu perkara baru untuk diri saya.

Maka, dalam tempoh 3 jam itu, saya dapat membaca beberapa artikel menarik dalam sebuah majalah yang saya pilih untuk dibawa bersama.

Antara yang menjadikan perjalanan lebih indah, ialah apabila saya dapat membaca ayat-ayat indah.
Ianya tentang bahasa. Bahasa yang menjadikan Tuan dan Puan dapat membaca apa yang saya taipkan dalam blog ini. Bahasa, yang membolehkan saya menyampaikan mesej secara lisan dan bertulis kepada orang lain.

Bahasa yang biasa kita perkatakan, ialah pertuturan. Manakala, apabila menulis, sering ia dikaitkan dengan perlunya berfikir. Dengan berfikir, kita menggerakkan jari jemari, menaip dan menyusun ayat supaya dapat menyampaikan maksud sesuatu perkara.

Rupa-rupanya, apabila menulis, kita seolah-olah berfikir lebih banyak dan panjang, berbanding apabila kita bercakap. Apa pun situasinya, kedua-duanya adalah berasaskan bahasa.
Dengan bahasa, kita bertutur.
Dengan bahasa, kita menulis.

Melalui bahasa jugalah kita menyampaikan apa yang kita fikir. Maka, dengan bahasa jugalah orang sekeliling menilai cara kita berfikir dan bagaimana kita menjalani kehidupan.

Indahnya, satu dunia mempunyai kepelbagaian bahasa.

Saya hari ini, menemui satu kebolehan diri yang selama ini tidak saya sangka.
Mata dan tubuh ini, lebih selesa membaca dan menyantuni teks di atas kertas lebih lama berbanding dengan teks di atas skrin komputer atau telefon di dalam kenderaan yang bergerak.

 

Kesibukan hari ini di semua terminal bas, tidak menjadi satu keributan dalam minda saya.

Malah, ia menjadi inspirasi bagi meneladani diri.
Menghayati kehadiran manusia melalui bahasa.
Menyantuni semangat anak bangsa.
Mensyukuri rahmat, umur yang panjang, pada malam 1 Ramadhan.

 

Ya Allah, kurniakanlah keampunan, kesihatan tubuh badan, umur yang panjang, akal fikiran yang tajam,
dijauhkan daripada hutang. Amin.

Noraminah Omar
11.43 malam
Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.