DIRI, KEHIDUPAN dan RAMADHAN

— DIARI Intraprenuer 4 —

Kebetulan catatan-catan diari ini, saya mulakan 2-3 hari sebelum Ramadhan 1438.

Ia merupakan salah satu cara mengekalkan momentum menulis, dalam kesibukan kerja
dan tugas hakiki semasa.

Begitulah biasanya intrapreneur. Mereka lebih suka ‘buat’. Pabila mereka mulakan sesuatu,
mereka mahu yang baik, jika tidak terbaik. Pun begitu, kesukaran akan datang apabila kita
memang secara semulajadi punyai sikap ‘mematuhi’.
Pematuhan ini, dalam konteks bisnes, ada kalanya perlu disesuaikan dengan keperluan semasa.

Apabila kita mahu yang ‘lengkap’ dan ‘sempurna’ sahaja, situasi bisnes tertentu tidak akan membenarkannya.

Dalam banyak hal, kita perlu jalan dahulu. Buat dengan apa yang ada.
Tidak sempurna, betulkan kemudian. Itulah hakikatnya dalam bisnes.

Mengeimbangi kekuatan kita sebagai intrapreneur untuk bekerja dengan enterpreneur,
adakalanya menekan dan sesekali menyiksa jiawa kita. Itu biasa.
Semakin lama kita berada dalam dunia pekerjaan yang kita lakukan,
semakin bijak kita menguruskan emosi dan mengatasi situasi permasalahan.

Apakah ini boleh dipelajari?

Ya dan tidak.

Ya, kerana ada banyak kemahiran sebagai intrapreneur yang memang kita boleh asah.
Tidak, kerana ada banyak yang kita perlu allui untuk menjadi pandai. Ia mesti dengan pengalaman.

Jadi bagaimana?

Bersedialah untuk melakukan kesalahan, menerima akibat daripada kesalahan.

Bersedialah untuk menguatkan diri. Bangkit daripada setiap kesilapan.
Kukuh di sebaliks etiap amukan dan amarah pihak lain kepada kita.
Jujurnya, sikap kita yang mahu ‘semua perkara betul macam yang kita tahu’,
bukanlah satu perkara yang menjamin kelangsungan bisnes bagi seorang entrepreneur.

Belajar untuk kekal tenang dengan sentiasa sedar akan konsep kita bekerja dalam kumpulan.
Sentiasa ikut dan patuh kepada ketua, meskipun tidak sependapat.

Untuk itu, lakukan kerja kita dengan betul, buktikan sahaja hasilnya dengan angka-angka
dan proses-proses yang berdokumen.
Apabila masanya sampai, kita akan berada dalam kedudukan tenang dan selesa.
Pengetahuan asas dalam bidang ‘legal’ dan ‘financing’ sangat membatu.

Tidak kira dalam apa juga bidang atau industri, perkara ini kita perlu pelajari.
Terma-terma teknikal, membolehkan kita bercakap dan membentangkan idea dengan lebih meyakinkan.
Mengetahui teori dalam industri dan bisnes, membantu kita memahami tentang berlakunya sesuatu perkara dalam tempoh kita bekerja itu.

Akhirnya, kita sebagai intrapreneur, mesti manjadi insan yang tahu bekerjasama.

Bawalah diri, umpama ular.
Walau berada rendah di bawah pokok bersama akar, bisanya tidak hilang.

Bawalah jiwa umpama air sungai.
Meskipun dihalang dengan batu, atau bukit yang tinggi, kita tetap terus mengalir.

Di hujung jalan, kita tahu ada cahaya.
Ia memberikan kita sinar untuk masuk ke dunia kekal abadi.
Allah sahaja yang Maha Mengetahui, lagi Maha Mengasihani.

 

Noraminah Omar
Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

1 thought on “DIRI, KEHIDUPAN dan RAMADHAN”

  1. “Bawalah jiwa umpama air sungai.
    Meskipun dihalang dengan batu, atau bukit yang tinggi, kita tetap terus mengalir.”

    Suka saya membaca yang ini. Terus kuat dan berjuang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.