— DIARI Intrapreneur 5 —
Mempunyai pekerjaan merupakan satu perkara yang wajar disyukuri.
Ya, mempunyai pekerjaan bermakna adanya sumber pendapatan.
Mempunyai pekerjaan bermakna kita punya tugas.
Sudah tentu setiap satu pekerjaan itu, memerlukan kita melaksanakan beberapa perkara.
Perlu ada yang dijalankan, diselesaikan.
Intrapreneur sering dikaitkan dengan tugasan mengurus, menjalankan tugas berulang,
tugas yang perlukan perincian
dan sering menjadi ‘red flag bearer’.
Bagi seorang intrapreneur, ia memang menjadi kebiasaan. Boleh sahaja dia menghadap dokumen dan bekerja
di dalam ofis untuk masa yang panjang dan berulang.
Namun, bagi sebahagian besar intrapreneur, mereka juga mempunyai cara masing-masing menyusun kerja
bagi menyelesaikan tugas masing-masing.
Meskipun memang menjadi kebiasaan mereka akan hanya menjalankan rutin,
ada ramai yang mempunyai kebolehan dan memerlukan masa dan kerja yang berbeza.
Ini semua bergantung kepada personaliti intrapreneur itu sendiri.
Hakikatnya, setiap daripada kita juga berbeza. Kelebihan, kekuatan dan ‘unfair advantage’ yang kita ada juga berbeza.
Ada sesetengah daripada kita intrapreneur, mempunyai kekuatan dari segi kemahiran.
Tetapi, pengalaman dan kebijaksanaan masih perlu dibina, dibangunkan.
Saya pernah berjumpa dengan seorang intrapreneur yang sehingga kini, masih mengekalkan dan memaksimakan potensi dirinya.
Bagi memastikan ‘suaranya’ berada pada tahap yang sama dengan enterpreneur lain
dalam pengurusan syarikat yang membesar dari hari ke hari itu,
beliau sudah bersedia dengan ‘exit plan’ daripada awal lagi.
Saya juga pernah berkenalan dengan intrapreneur muda. Kuat bekerja, tenaga umpama kuda perang, gagah perkasa.
Namun, sayangnya, jiwa muda sering dibawa pengaruh dengan jiwa amarah nan membara.
Perjalanan syarikat tidak lama. Tidak setuju itu, satu hal.
Mengekalkan perhubungan, itu hal lain.
Dalam konteks pengurusan syarikat, saya sendiri sebagai intrapreneur, banyak belajar mengurus emosi diri,
dan pada masa yang sama memerhati bagaimana pengalaman itu menjadikan kita lebih bijaksana.
Apabila kita diberikan tugas sebagai entreprenuer, kita boleh sahaja belajar kemahiran-kemahiran baru.
Meskipun ianya sukar, bukanlah mustahil.
Sama ada intrapreneur atau entreprenuer, kita teruskan sahaja tugas dan kerja yang digalas.
Selebihnya, anggaplah ia sebagai label.
Terimalah ia sebagai nama. Nama yang baik.
Seumpama, nama yang diberikan oleh ibu bapa kita, kepada kita.
Pernah seorang senior berpesan kepada saya.
“Berhati-hati. Ada orang yang memang jenis, “don’t mess with me”.
They can make your life easy and bad as in hell.
Itu analoginya, yang beliau berikan kepada saya.
Perlahan-lahan, saya belajar tentang ‘mengurus persepsi’.
Perlahan-lahan, saya belajar tentang ‘diam apabil dikritik’.
Paling penting, saya belajar untuk membezakan antara ‘menyatakan kebenaran’ dan ‘memperjuangkan kebenaran’.
Begitulah. Meskipun setiap intrapreneur dan entreprenur itu ada kekuatan masing-masing,
di kalangan intrapreneur juga kita mesti pandai bawa diri.
Maklumlah. Hidup ini, hanyalah satu perjalanan.
Ada penghujung, yang kita mahu tawan.
Noraminah Omar
Kajang.