— DIARI Intrapreneur 6 —
Pengalaman bisnes pertama saya bermula semasa saya belajar di UM.
Pada masa itu, pengalamanan diperolehi bukan atas dasar ‘buat duit’ untuk poket.
Ia banyak dilakukan dengan tujuan ‘buat duit’ untuk persatuan.
Meskipun pengalaman itu sedikit, saya kira ia memberi kesan kepada pengalaman
yang saya lalui selepas itu.
Tamat sahaja pengajian, seperti biasa, bekerjalah kita dengan majikan.
Dalam tempoh 5 tahun selepas tamat belajar, pengalaman bekerja di bawah majikan
memberikan banyak pelajaran hidup.
Menjadi staf, pengikut dan ketua di lalui dalam pelbagai bentuk aktivit kerja.
Lain orang, lain pengalamannya. Saya pula, menimba pengalaman dalam bidang pekerjaan
yang terus bermula dengan dunia pendidikan.
Memerhati majikan yang bertungkus-lumus membangunkan syarikat (suami isteri),
banyak memberikan saya inspirasi.
Menguruskan anak-anak, menguruskan bisnes. ‘Juggling between family and business’.
Inilah antara yang saya belajar dengan memerhati pada waktu itu.
Malah, melihat bagaimana pengurusan staf dalam industri pendidikan pada masa itu,
menjadikan kita lebih dewasa.
Buruk sangka, fitnah, bergaduh, baik semula,
tidak puas hati, berhenti kerja 24 jam,
berhenti beramai-ramai, pergolakan,suka, gembira, bangga
semuanya berlaku dan dialami.dalam kerangka bekerja
sebagai staf dalam sebuah syarikat.
Satu ketika dahulu, kita semua pernah muda.
Kita pernah punya semangat membara.
Kita punya kudrat, mahu terjah dan terbang begitu sahaja.
Ya, sekarang masih muda juga.
Namun, kini kita lebih dewasa, lebih matang,
dan lebih bijak daripada dahulu.
Pengurusan bisnes memanglah tidak mudah. Semua orang mengakui bahawa ia ada banyak kesukaran. Menguruskan staf? Katanya, jauh lebih susah. Macam-macam hal.
Apabila melihat semula pengalaman lalu, kita sendiri punya ‘peristiwa’ dalam hidup kita.
Orang kata jalan terus!
Ya, betul. Adakalanya, memandang ke belakang itu, membolehkan kita bersyukur
dan terus dapat maju ke hadapan. Apabila memandang ke belakang, kita mesti memilih.
Ambil pengajaran. Ambil inspirasi. Ambil kekuatan.
Ada yang perlu kita padamkan dalam kotak ingatan.
Ianya bukanlah satu perkara yang perlu kita simpan, andai ianya tidak membawakan kebaikan.
Memaafkan, adalah satu perkara yang perlu kita lakukan, agar masa lampau menjadi satu jalan yang membuka kepada perjalanan masa hadapan.
Maafkan. Tidak perlu dilupakan jika tidak boleh.
Hanya maafkan dengan tidak menyebut-nyebut lagi peristiwa yang tidak enak itu.
Menguruskan urusan seharian, adakalanya membebankan jiwa dan perasaaan.
Apatah lagi jika kita ada KPI dan sasaran yang perlu dilaporakan saban minggu, saban bulan.
Ya, berseronoklah dalam bekerja. Pada masa yang sama, serius dalam menjalankan tugas
dapat menjadikan kita kekal fokus dan mencapai objektif yang sudah diberikan.
Saya yakin. Apa yang pernah kita lalui, ia banyak membentuk diri dan bagaimana kita berfikir hari ini. Kita tidak perlu ‘mengorek’ semula perkara lalu. Cukuplah dengan mengambil pengajaran.
Lupakan apa yang patut. Teruskan sahaja dengan mencuba lagi.
Kita pernah kecewa, kita cipta kebahagiaan.
Kita pernah bertelagah, kita cari persefahaman.
Kita pernah tidak bertegur sapa, kita ucap salam sesama kita.
Kita pernah gagal, kita cipta kejayaan.
Kita pernah jatuh, bangunlah!
“What doesn’t break you, makes you!”
Noraminah Omar
6.45 pagi
Kajang.