BEKERJA, HIDUP dan PERUBAHAN

— DIARI Intraprenuer 8 —

 

Kali ini, saya berfikir tentang beberapa perkara. Banyak yang berlegar di kepala, apabila kita melakukan tugas dan bekerja. Malah, situasi dan perkara-perkara dalam hidup seharian juga, banyak memberikan cabaran dan memerlukan kita berfikir tentang banyak perkara.

 

Dalam seminggu ini, banyak juga perkara berlaku dalam ruang lingkup hidup peribadi dan kerja. Pun begitu, bekerja dengan orang dalam satu kumpulan dan organisasi syarikat mendorong kita banyak berfikir tentang perkara di luar runag lingkup kehidupan peribadi.

 

Bekerja dan mencari pekerja, adalah antara perkara yang terlibat dalam menguruskan sebuah syarikat. Ia tetap melibatkan perkara yang secara umumnya sangat berkait rapat dengan norma kehidupan sebagai manusia.

 

Sudah masuk beberapa bulan, saya masih beertungkus-lumus membawa orang yang betul masuk ke dalam syarikat supaya pengurusan dokumen dan rekod serta sistem berkaitan dapat dijalankan dengan baik.

 

Meskipun sudah hampir 3 kali, bertukar staf setiap 3 bulan. Malah, hampir keseluruhan staf yang terlibat, terpaksa sama bertahan melalui situasi tugas yang tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. Ia benar-benar meletihkan.

 

Pun begitu, melihat semula dari segi kemanusiaannya, kita tidak dapat lari daripada terpaksa meneri hakikat kehidupan. Bagi yang pertama, selepas 3 bulan, barulah staf berkenaan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kemahiran untuk menguruskan tugasa yang ada.

 

Pada masa menerima tawaran kerja, ia ditawarkan selepas beliau baru sahaja ditamatkan kerja dengan pampasan. Mahu tidak mahu, menerima tawaran kerja, adalah pilihan yang baik. Waktu itu, kami pula membaca resume yang begitu impressive dan kami yakin beliau adalah calon yang layak untuk memenuhi keperluan kerja yang kosong itu. Ternyata, kami silap.

 

Kedua, kami meawarkan jawatn yang sama kepada seorang lagi pekerja. Sebelumnya, beliau kami ambil sebagai pekerja sambilan sahaja. Melihat kebolehannya yang sedikit melebihi staf pertama yang sudah berhenti itu, kami yakin kami memilih staf yang betul.

 

Pun begitu, secara amnya, staf kali ini kurang mempunyai kemahiran bekerja dengan orang baru, sukar menerima pandangan dan arahan selain daripada kami. Sukar juga, memandangkan kami mempunyai banyak bahagian yang perlu kami melapor.

 

Masuk bulan ketiga, beliau juga terpaksa berhenti. Kali ini, ia melibatkan situasi keluarga. Beliau terpaksa menjaga salah seorang ahli keluarga yang sakit. Mahu tidak mahu, kami menerima peletakan jawatan.

 

Selepas staf kedua ini berhenti, kami mendapati banyak juga perkara yang masih tidak selesai. Banyak yang masih perlu dibetulkan. Sistem yang di’up’kan, tidak memenuhi keperluan kemasukan data. Banyak juga yang terpaksa dibuat semula.

 

Selepas itu, kami membawa masuk pekerja mahir secara kontrak. Mahu tidak mahu, kami mesti menyelesaikan situasi rekod dan penyelenggaraan maklumat yang ‘back dated’. Ianya agak banyak dan melelahkan juga.

 

Pada masa ini, ketua setiap bahagian memainkan peranan memberi sokongan. Bagi mengekalkan motivasi staf sedia ada, kami laukan pa yang boleh dilakukan. Allah sahaja yang mengetahui kebimbangan dan serabut yang kami fikirkan.

 

Pada masa yang sama, kami ambil juga seorang lagi staf sebagai kerani yang baru. Sementara mencari Pegawai yang betul-betul boleh memenuhi kriteria dan pengalaman kerja yang diperlukan.

 

Kali ini, staf yang bekerja hanya tahan sebulan sahaja. Kali ini, apabila menjalankan sesi temuduga, saya menjalankannya terus dengan bantuan pegawai HR. Maklumlah, setelah 3 kali bertukar staf, kami dapati, kami mesti memilih yang betul.

 

Antara keperluan yang segera bagi menyelesaikan tugas, dengan menunggu dan memilih staf yang betul, ia memerlukan kita memilih. Ada masanya, sebagai ketua, kita perlu memilih apa yang betul pada masa berkenaan.

Inilah hakikatnya. Tidak kira betapa kita mahu menunggu dan menjalankan ujian menilai staf, keperluan untuk tugas syarikat diselesaikan, perlu diambil kira.

 

Kali ini, staf yang masuk mestilah mereka yang mampu melakukan tugas, mempunyai kemahiran yang betul serta boleh melakukan tugasan berat. Maklumlah, bagi sebuah syarikat yang sedang mahu disusun semula, dibetulkan aliran kerjanya, ia melibatkan proses yang berat dan menyakitkan. BUKAN semua staf baru mampu mengambil bebanan kerja seperti ini.

 

Hakikatnya, sebagai manusia, rezeki mendapat staf yang betul ini datang dari usaha dan doa.
Sehingga hari ini, saya tidak keseorangan. Berusaha dan berdoa, kami dalam kumpulan.

 

Kepada Tuan dan Puan, yang masih terus membaca entri ini, saya doakan urusan dan kehidupan kita semua sama-sama dipermudahkan. Sama ada urusan kerja atau urusan keluarga, Allah sahajalah yang memberikan kita jalan selepas berusaha dan berdoa.

 

 

Noraminah Omar
6.10 pagi.
Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.