HIDUP dan PENGALAMAN

–DIARI Intrapreneur 9 —

 

Hidup ini, memberikan pengalaman. Pengalaman menjadikan kita melalui hidup dengan lebih yakin. Pengalaman juga menjadikan kita lebih bijaksana sebagai manusia.

Sebagaimana pengalaman boleh menjadikan kita maju kehadapan, ia juga boleh menjadi penghalang kepada kejayaan masa hadapan. Maka, pengalaman yang ada, ia perlu dipelajari dengan betul supaya ia membantu kita maju kehadapan. Bukan sebaliknya.

Ini hanya berlaku, apabila pengalaman itu kita dapat ambil sebagai pelajaran dalam hidup.

 

Banyak aktiviti yang kita lakukan seharian merupakan aktiviti yang memberikan kita pengalaman. Meskipun ia adalah seringkas menguruskan anak-anak ke sekolah, ia merupakan satu pengalaman dalam hidup.

 

Meskipun ianya perkara yang sama dan sering berulang-ulang, ia masih menjadi pengalaman yang baik buat kita. Tidak kira sama ada pengalaman itu datang sendiri atau kiat yang menciptanya.

Dalam urusan bisnes juga begitu. Semakin banyak kerja dan semakin lama kita mengendalikan tugas itu, ia menjadikan kita lebih mahir dan berpengalaman. Urusan menguruskan diri dan emosi juga merupakan satu kemahiran yang diperolehi daripada pengalaman.

 

Ada pengalaman yang perlu kita lalui sendiri. Manakala,  ada pengalaman yang kita boleh kumpulkan daripada kisah dan cerita orang lain. Namun, apabila kita membaca kisah dan mendengar perkongsian daripada orang lain, adakalanya kita tidak mendapat sepenuhnya maklumat yang diperlukan.

 

Pada kebanyakan masa, ia merupakan ringkasan dan tidak semuanya dapat kita ‘alami’nya sendiri.

Pun begitu, apabila kita melalui pengalaman hidup sendiri, dan berfikir tentang kehidupan dan belajar daripadanya, pengalaman yang seumpama ringkasan itu, memberikan kita banyak input baru secara tidak langsung.

 

Antara cara yang mudah mencipta pengalaman baru ialah mengubah rutin. Adakalanya rutin itu adalah satu perkara yang memang kita mesti dan perlu lakukan. Hanya dengan sedikit perubahan kecil, kita mampu mengubah rutin itu.

 

Katakanlah kita selalu mengambil jalan A-B-C untuk sampai ke D. Lalu, kita memilih untuk sekali sekala mengubah laluan dengan menggunakan jalan F-E-D. Kita akan melihat perkara baru, melalui jalan yang berbeza.

Katakanlah kita selalu memasak di rumah. Sekali sekala, makanlah di luar, atau masak di rumah rakan atau saudara. Perubahan kecil ini dapat memberi peluang kita mengalami emosi, rasa dan pengalaman baru.

Dengan itu, kita juga akan mencipta ruang baru untuk mengalami sesuatu dalam hidup. Meskipun kecil, ia tetap satu pengalaman.

 

Kedua, bagus sekiranya kita boleh melakukan perkara baru. Tidak semua orang mempunyai peluang melakukan perkara baru dalam hidup. Apabila kita ada peluang melakukan perkara baru, ada juga peluang yang kita tidak boleh ambil.

 

Apa juga situasinya, pengalaman itulah yang benyak membentuk cara kita bercakap, berfikir dan mengambil tindakan. Bagi yang berpeluang mempunyai banyak pengalaman, mereka mempunyai ‘unfair advantage’ berbanding orang lain.

 

Maka, terpulang bagi kita untuk mencipta pengalaman masing-masing dan belajar daripadanya. Ia tidak semestinya datang dengan kos yang tinggi. Malah biasanya, ia datang dengan komitmen, kesungguhan dan usaha.

 

Benarlah. Apabila kita mahu melakukannya, kita akan menemui jalannya.
Allah memudahkan urusan hambanya yang  berdoa.

 

 

Noraminah Omar
9.56
Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.