— DIARI Intraprenuer 11 —
Banyak perkara yang kita lalui, merupakan rentetan daripad akeputusan-keputusan yang kita buat dalam kehidupan.
Ia merupakan satu lumrah perjalanan yang kita semua akan alami.
Apa sahaja yang kita lakukan, sebenarnya merupakan satu keputusan, satu pilihan.
Ramai yang bercakap tentang situasi memilih dan membuat keputusan.
TIDAKlah ada satu cara khusus yang betul buat semua orang.
Memang ada teknik dan cara kita membuat keputusan.
Apatah lagi apabila ia melibatkan risiko dan kesan-kesan besar yang memberi impak dalam kehidupan.
Pun begitu, akhirnya, keputusan dan juga pilihan yang dibuat, selepas merujuk kepad amaklumat dan angka,
ia masih bergantung kepad akeputusan dan pilihan. Sama ada ianya berbentuk individu atau kumpulan,
ia masih merupakan satu tindakan yang memberi kesan.
Apakah yang kita katakan sebagai ‘responsibility’ dan tanggungjawab?
Kita ambil contoh mudah. Katakanlah, kita berjanji untuk bertemu dengan seseorang pada jam 8.30 malam.
Tetapi, kita tidak dapat sampai tepat pada masanya. Apakah yang berlaku?
Ini adalah antara yang biasa.
+ kita cuba ‘justify’ akan perkara yang menyebabkan kita lewat.
+ kita salahkan orang lain atau hal-hal lain atau perkara lain atas kelewatan kita.
+ kita memalukan diri sendiri dengan menyebut bahawa memang kita ini ‘teruk’ sebab lewat.
Apakah yang boleh kita buat?
Nyatakan sahaja, saya lewat.
Sekiranya kita perlukan bantuan untuk mengelakkan kelewatan pada masa akan datang, nyatakan.
Dalam situasi lain, bagaimana kita boleh terus bertanggungjawab?
Ini berlaku terutama apabila kita tidak mendapat bantuan dan sokongan seperti yang diharapkan.
Ambil satu contoh. Kita menjalankan bisnes di bazar Ramadhan, menjual murtabak.
Pada hari itu kita sangkakan cuaca baik. Tidak pula kita menyemak laporan cuaca.
Kemudian, pad ahari itu hujan lebat turun.
Apakah kita akan, menyalahkan hujan yang menyebabkan tiada jualan?
Mengakui bahwa kita ini memang bernasib buruk?
Menyalahkan penganjur bazar yang tidak memberikan maklumat atau notis cuaca?
Apakah caranya kita boleh ‘bertanggungjawab’ dalam situasi ini?
Topik perbincangan tentang tanggungjawab ini, agak berat semasa saya dan rakan serta Coach berbincang dalam kumpulan.
Akhirnya, semua ini adalah perkara yang perlu kita berikan kesedaran. Bukan hanya dalam situasi kerja dan bisnes, malah dalam kehidupan seharian.
Katakanlah kita mengambil khidmat konsultan untuk menjayakan kempen pemasaran kita.
Apakah tanggungjawab kita dalam hal ini?
Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal menjayakan kempen pemasaran untuk bisnes kita?
Konsultan yang kita upah ATAU kita sebagai orang yang menguruskan hal itu untuk syarikat?
Bagaimana kita akan bertanggungjawab?
Noraminah Omar
8.52 malam
Kajang.