CABARAN JIWA

— DIARI Intraprenuer 12 —

Menguruskan pekerjaan harian bukan hanya melibatkan tenaga fizikal.
Malah, emosi juga banyak terbeban dan penat aoabila kita bekerja.

Apabila kita menguruskan satu kumpulan manusia, yang lebih penting,
ialah menguruskan emosi kita sendiri.
Memang menjadi lumrah, tiada yang sempurna.
Usaha kita untuk menuju kepada kesempurnaan, melakukan yang terbaik.
Begitulah.

Pun begitu, adakalanya, kita menyangka menahan amarah dan kecewa itu lebih baik.
Pada fikiran kita, kita mahu menjaga hubungan dan mengekalkan persaudaraan.
Tidak mahu mengecilkan hati sesiapa.

Walhal, apabila kita masuk dalam bidang pengurusan kerja,
cara ini menjadi lebih menekan kepada emosi kita sendiri.

Ambillah satu situasi mudah.
Apabila staf kita masuk kerja, sudah tentu kita akan menunjuk cara dan memaklumkan
semua hal dan peraturan yang berkenaan.
Apabila ada cadangan baru, boleh sahaja
kita berikan kebebasan untuk mereka mencuba.

Namun, apabila ada kesilapan, mesti diadakan pertemuan.
Perlu rujuk perkara yang perlu dibincangkan.
Sediakan langkah solusi dan tindakan.
Tanpa mengungkit dan menekan atas kesalahan, biarlah fokus kepada membantu
dan merencana jalan menambahbaik apa yang ada.

Hal begini, tidak boleh simpan dalam hati.
Apabila staf membuat tindakan yang lebih jauh kesalahannya, ia akan menjadi satu situasi.
Pada kebanyakan masa, ketua akan lebih tertekan dan mudah ‘meletup’ di hadapan staf berkenaan.
Apabila ini berlaku, semua orang kan lebih tertekan.

Apabila perlu mengawal emosi diri, sebaiknya rujuklah kepada sesiapa yang sentiasa lebih bertenang.
Sebelum bercakap dengan orang yang berkenaan, kita sendiri mesti bertenang.

Yang salah, memang sudah salah.
Sama ada sebagai ketua, majikan, staf atau apa sahaja jawatan yang dipegang dalam organisasi,
hakikatnya, kita akan buat silap juga.
Besar, kecil, lambat atau cepat.
Itu sahaja bezanya.
Fokus sahaja kepada solusi.
Kita ambil tindakan.

Tanggungjawab yang kita galas, kita jalankan tanpa culas.

Secara peribadi, saya sendiri sedang banyak belajar.
Dengan belajar daripada pengalaman, kita semua akan menjadi manusia yang lebih bijaksana.

Sama ada dalam menguruskan hal kerja, atau situasi biasa dalam kehidupan, kita sentiasa belajar.
Pelajaran ini, hanya akan diperolehi apabila kita sedia untuk menerima pembelajaran.

Allah maha mengetahui, lagi maha mengasihani.

Noraminah Omar
7.10 malam
Kajang

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.