KERJA RUMAH yang MEMBINA KARAKTER

— DIARI Intrapreneur 14 —

Apabila anak-anak dididik untuk membantu dalam kerja-kerja dirumah,
ia akan menjadi satu budaya. Inilah yang dibentuk dalam keluarga.

Bagi mereka yang berumur antara 30-45 tahun tahun ini,
saya kira kita masih boleh mengimbau bagaimana ibu bapa pada zaman kita.
Mereka sering menjadikan anak-anak sebagai pengurus kecil di rumah.
Ini dijadikan sebagai satu budaya yang biasa bagi sebuah keluarga.

Izinkan saya memberi contoh.

Saya mempunyai 2 orang kakak dan seorang Abang.
Seingat saya, kami semua mempunyai tugas rutin di rumah.
Pada usia saya 5-7 tahun ini yang masih saya ingat.

Kakak sulung, ketua dalam hal-hal ‘laundry’ dan memasak.
Kakak kedua, ketua dalam hal-hal kemasan luar dan dalam rumah.

Abang saya? Tak ingat pula.
Yang saya ingat, Abang akan bantu kerja-kerja ayah.
Maklumlah, anak lelaki.

Saya? Banyak buat kerja pembantu.
Ambil kayu api bawa masuk rumah.
Kutip semua kain baju kotor.
Sidai dan angkat baju.

Seminggu sekali, saya bertugas ambil seterika arang dari rumah Atuk.
Waktu itu, masih tiada elektrik di rumah.

Tolong sapu sampah, bakar sampah, buang sampah.
Lipat kain.Susun kain di rak.
Jadi ‘jaga’ supaya ayam tidak menyepahkan biji koko yang emak jemur.
Ambil kelapa di belakang rumah, petik cili, pucuk kayu ubi.
Apabila adik saya lahir, saya jadi ‘tukang’ buai adik.
.
Semua tugas-tugas rencam.
Maklumlah, ada 2 orang kakak dan seorang Abang.
Macam itu, lebih kurangnya.

.
Setiap keluarga mempunyai budaya masing-masing.
Zaman sekarang, termasuklah zaman saya membesarkan anak-anak,kebanyakan keluarga mempunyai ‘Pembantu rumah’.
Ini menjadikan banyak perkara yang berlaku pada zaman kita membesar berubah bagi zaman anak-anak kita.
.
Memandangkan memang ada keperluan mempunyai pembantu rumah, ia tidaklah menjadi satu kesalahan.
Namun, anak-anak masih perlu diberikan ruang dan belajar untuk sentiasa membantu di rumah.

Ada ramai rakan-rakan saya yang menceritakan bahawa, pembantu rumah mereka hanya melakukan tugas tertentu sahaja. Anak-anak masih perlu menjalankan kerja rumah. Ini seperti, mengemas bilik sendiri, mencuci bilik air, membasuh kasut sekolah.

Pun begitu, lazimnya, apabila sebuah keluarga mempunyai pembantu rumah, semua urusan kerja rumah diserahkan kepada pembantu.

Anak-anak yang biasa dan dibiasakan melakukan kerja rumah, cenderung membesar sebagai individu yang pandai bekerjasama, lebih mudah berempati dan lebih yakin dalam apa yang mereka lakukan.

Setiap tugasan dan kereja rumah yang anak-anak lakukan, secara langsung atau tidak, membina keyakinan diri dan memberikan mereka ‘sense of accomplishment’. Meskipun ianya dilihat kecil, impaknya besar apabila mereka dewasa kelak.

.
Semasa anak-anak menjalankan kerja rumah sebegini, mereka akan belajar banyak kemahiran hidup.
Mereka akan berfikir cara yang baik untuk memudahkan kerja mereka.
Mereka akan mencipta cara terbaik menyiapkan kerja mereka denganc epat.
Mereka belajar menyusun jadual.
Mereka perlu berfikir untuk menyusun jadual.

Hari ini, ramai anak belia remaja, graduan yang tamat belajar dari universiti,
mempunyai banyak kekurangan dari segi karakter dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.

Malah, pelajar yang bijak sekalipun, adakalanya lebih sukar menyesuaikan diri dalam hal bekerja.
Mereka tidak mempunyai kebolehan menyusun masa dan tempoh kerja sendiri.
Mereka mempunyai kesukaran menyusuan kerja-kerja yang banyak.

Maka, anak-anak bagaimanakah yang kita mahu lahirkan?
Generasi bagaimanakah yang mahu kita bina untuk masa hadapan?

Bermula dengan budaya di rumah. Kita membina sebuah bangsa.
Kelahiran bakat intrapreneur dan enterprenuer, bermula dari rumah.

 

Noraminah Omar
6.09 pagi
Kajang.

.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.