1 SYAWAL 1438: Diplomasi dalam Menyambut Perayaan.

Tahun ini, masuk tahun ke 14 merayakan Syawal bersama anak-anak.
Antara keluarga, pekerjaan dan impian yang kita bina, ada banyak perkara yang perlu kita lalui.

 

Menjadi lumrah, apabila kita percaya bahawa kita boleh berjaya, maka banyaklah juga halangan yang perlu kita lalui. Bak kata pepatah, “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.”

Perayaan  tahunan, bukan sekadar perayaan yang disambut secara adat sahaja. Ada banyak perayaan yang mempunyai banyak pengajaran dan kelebihan bagi kita orang Islam.

Kepercayaan (akidah) yang kita ada, membolehkan kita meneruskan hidup bersama keluarga, menguruskan pekerjaan dan terus membina impian.

Ramai juga yang memberi saranan bagaimana meraikan perayaan dan pada masa yang sama menjaga keluarga, tahap pekerjaan dan juga impinan.

 

Hakikatnya BUKAN semua orang berada di atas talian dan media sosial berterusan.

Adakalanya, apabila kita kembali bersama keluraga, ada banyak kebiasaan dan adat yang masih perlu dijaga. Selagi ianya tidak melanggar mana-mana bahagian agama dan keperluan masyarakat setempat, tujuan menjaga persaudaraan masih menjadi keutamaan.

 

Lazimnya, ahli keluarga yang sudah berumur, mereka mempunyai kepercayaan adat dan cara fikir mereka sendiri. Bagi kita, yang mungkin banyak terdedah dengan  maklumat dan situasi terkini, kitalah yang menjadi pihak yang perlu lebih bertimbangrasa.

 

Orang-orang lama, mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk membina ‘rapport’ apabila dikunjungi dan berkunjung.
Mereka mungkin bertanya, “Bila nak kawin?” “Bila nak tambah anak?” “Kerja kat mana?”

Bagi kita, raikanlah sahaja.
Senyum dan diam, jika tidak mahu menjawab.
Menjawab sahaja dengan nada sederhana, tanpa perlu dilihat sombong dengan sengaja.

 

Lain padang, lain belalang. Begitulah situasinya.

Maka bagi kita, yang bergelar orang bijak pandai dalam hal urusan perniagaan, pandailah juga membawa diri bersama dengan orang-orang lama.
Tidak perlu berasa hati, dengan pertanyaan yang memang bagi mereka perkara biasa.
Tidak perlu menyawab dengan nada sarkastik, hanya apabila ditanya soal dan hal hidup peribadi. Menjadi orang yang lebih muda, menghormati yang tua, masih menjadi prioriti.

 

Setiap daripada kita, punya latar belakang dan keluarga orang lama yang pelbagai budaya, adat dan cara.
Berikan sahaja maklumat yang perlu.
Fokuskan kepada mengekalkan kerjasama dan persaudaaraan pada hari perayaan.
Selebihnya, lakukan kemudian di atas platform yang lebih sesuai.

Sempena Syawal 1438 ini, pulanglah ke pangkuan keluarga, dengan identiti sebagai seorang ahli keluarga. Bawalah diri sebagai anak, adik, abang, kakak, pakcik, makcik dan apa juga pangkat dalam keluarga dengan rendah diri dan bahagia.

 

Akhirnya, kitalah yang membina legasi keluarga dengan mengasingkan kehendak dan keperluan legasi bisnes yang kita ada.

 

Pesan orang lama, “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kadang kerbau menguak.”

 

Noraminah Omar

11.45 pagi
Kajang.

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

1 thought on “1 SYAWAL 1438: Diplomasi dalam Menyambut Perayaan.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.