ARTIKEL KHAS : PRASEKOLAH ABS

Hari ini, selepas 1 Syawal berlalu, baharulah saya bersedia menyiarkan semula tulisan baru di blog saya ini. Sehubungan dengan itu, masih belum lewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Sehingga hari ini, sudah genap 16 bulan, saya menyandang tugas sebagai Ketua Eksekutif di syarikat ABS Edu Solutions Sdn Bhd. Berapa panjang nyawa saya dalam syarikat ini (dan di dunia), Allah sahaja yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.
.
19858677_10154583836301837_1476391502_n

 

KALI ini, suka saya berkongsi tentang satu usaha yang sedang berjalan bersama tim pengurusan dalam syarikat. Selepas beberapa tahun bisnes syarikat ini berjalan, kami dapati bahawa, agak sukar rakan niaga dan umum khususnya untuk memahami dengan jelas keperluan dan kepentingan perusahaan bisnes pendidikan prasekolah yang sedang berjalan.

Ini khusus diketengahkan dalam kumpulan pendidikan di ABS.

 

Maka, satu keputusan untuk menyusun semula pelan komunikasi dilakukan dengan bantuan pihak yang pakar.
Benarlah.
Apa yang dilakukan secara luar kebiasaan (uncommon), menjadikan banyak perkara sukar untuk difahami.

Izinkan saya memberi contoh ringkas.

  • Semasa semua orang sibuk mahu menguasai bahasa Inggeris, ABS menekankan keperluan menguasai bahasa Melayu.
  • Semasa semua orang sibuk mahu tulis, baca dan kira seawal 4 tahun, ABS mahu mengembalikan peradaban manusia.
  • Semasa semua orang sibuk mahu tahu anaknya nombor berapa dalam kelas, ABS sibuk mahu anak-anak pintar sosial.
  • Semasa semua orang sibuk dengan isu penutupan tadika dan tadika mahal, ABS terus mahu meningkatkan perkhidmatan dan perbelanjaan untuk menambah murid.

Apakah ini satu kegilaan baru?

 

Lalu, cara komunikasi menyampaikan mesej yang betul dengan cara yang selesa kepada kumpulan sasaran dalam perusahaan ini, menjadi lebih sukar berbanding apa yang kami pernah alami.

Dalam bekerja dengan kumpulan yang agak kecil berbanding dengan apa yang disasarkan oleh perusahaan ini, kelebihan yang ada ialah sifat ‘agile’ yang masih segar dalam ahli kumpulan pengurusan.

Maka dengan itulah, kami sama-sama berusaha untuk memastikan maklumat yang betul sampai dan disampaikan dengan mesejnya yang sesuai kepada kumpulan sasaran.

 

Selepas 8 sesi perbincangan berlalu, kami melalui beberapa fasa pembelajaran yang banyak.
Berikut adalah antara puluhan soalan yang kami bincang dna kupas.

1. Apakah tujuan komunikasi yang sedang dilakukan?
2. Siapakah yang perlu dikomunikasikan dalam hal berkaitan maklumat perusahaan?
3. Siapakah yang perlu disasarkan supaya mesej komunikasi perusahaan ini sampai?
4. Apakah nilai yang sama yang mempunyai ‘human interest’ yang signifikan?
5. Apakah nilai yang sama dan boleh diterima oleh semua golongan sasaran yang dimaksudkan?
6. Apakah yang sedang dilakukan oleh perusahaan ini sesuai dengan tingkahlaku sasaran yang tetap?
7. Apakah yang menghalang dan mendorong kumpulan sasaran mendokong perusahaan yang sedang dijalankan?

 

Akhirnya, kami semua bersetuju bahawa, apa yang kami lakukan hanyalah umpama salah satu jenis mainan dalam sebuah bakul mainan yang besar. Apakah bakul itu? Apakah yang ada di dalamnya?

Maka, umpama sebuah bangunan, asasnya, tiang serinya, dinding-dindingnya, serta bumbungnya mestilah sesuai dan cukup ampuh bagi sebuah bangunan untuk diduduki dan digunakan dengan baik.

 

Ini situasi khusus yang kami lalui dengan perusahaan yang bermula dengan satu jenama iaitu AKTIF BIJAK SANTUN (ABS) atas platform program pendidikan prasekolah (tadika).

Keperluan masa hadapan, memerlukan sebuah syarikat untuk bersedia dan menyediakan satu nilai yang sesuai untuk keperluan generasi akan datang.

 

Akan datang, kita lebih memerlukan manusia dalam kehidupan.

BUKAN sekadar guru, jurutera, doktor.
BUKAN sekadar innovator, creator, founder.
BUKAN sekadar eksekutif, manager, the C-Suite.
BUKAN sekadar graduan, lulusan kolej, lulus dengan kemahiran.

Kita memerlukan satu generasi manusia sejati.
Kita mahu sebuah generasi yang membina masyarakat yang bahagia.
Kita mahu sebuah negara yang maju dan selamat.

Kita mahu sebuah dunia yang menjadikan diri kita, anak-anak kita, kawan kita,
kawan anak-anak kita, dan anak-anak kawan kita, manusia yang baik.

 

Hidup ini, BUKAN hanya tentang kita.
Kita ini, BUKAN hanya tentang hidup di dunia.

Bisnes, merupakan salah satu daripada banyak bahagian dalam kehidupan.
Kita bukan hanya sekadar mahu sokongan, LIKE dan SHARE.
Kita perlukan DOKONGAN.

“We need more advocates, not only supporters.”

 

Kita sama-sama mahu membangunkan semula generasi manusia yang dapat mengembalikan kegemilangan peradaban dengan budaya tinggi.
www.aktifbijaksantun.com
FB: Aktif Bijak Santun – Tadika ABS

 

19849104_10154583836126837_569854438_n

 

Noraminah Omar
8.7.2017
11.14 pagi
Kajang

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.