Bekerja dalam sebuah syarikat dengan status anak syarikat dan pada masa yang sama menjadi syarikat induk kepada anak-anak syarikat lain, merupakan antara pengalaman yang banyak memberikan persepektif baru dalam kerjaya bersyarikat.
Sama ada kita seorang CEO atau pemegang saham yang bekerja (dengan pelbagai jawatan lain), setiap tugas dan tanggungjawab datang dengan keperluan pengorbanan masa dan tenaga.
Masa diluangkan bukan hanya untuk menjalankan tugas rutin dan khusus dalam konteks tugas operasi semata-amasa, ia melibatkan masa untuk mengumpul maklumat, menganalisa dan membuat keputusan daripadanya.
Memang ia bukanlah satu tugas sendirian, malah setiap bidang tugas, akan memerlukan kita bekerjasama dan bekerja dalam kumpulan.
Kebolehan menjadi ketua dan menjadi pengikut yang baik dengan tahap kebijaksanaan yang memuaskan, membolehkan kita kekal dalam usaha bekerja dengan pelbagai karenah ahli kumpulan.
Salah satu cara menguruskan perbezaan dan kepelbagaianan ini ialah dengan memastikan semua komunikasi dan persetujuan adalah dalam bentuk berekod.
Didokumenkan, itulah kata kuncinya.
Ada banyak bentuk dokumen yang kita sediakan dalam usaha memastikan urusan kerja dapat berjalan dengan baik.
Ia boleh datang dalam banyak bentuk.:
- Surat
- Perjanjian
- Slip penerimaan dokumen
- Rekod dalam buku log
- Buku Panduan
- Rekod transaksi : Slip, voucher, note, delivery order, invois, resit dan yang berkaitan
Sesungguhnya, usaha ini membantu untuk memastikan acanya rujukan apabila ada kekeliruan atau keclaruan maklumat.
Ia bukanlah penyelesai kepada semua masalah dan isu.
Kehidupan itu, secara semulajadinya, diteruskan dengan adanya konflik dan situasi yang memerlukan manusia bersama-sama.
Noraminah Omar
September 2017.