KEMBARA INTRA 2: PENGURUSAN PROJEK SEBAGI SUMBER PENDAPATAN

Benar, tahun 2017 ini, merupakan tahun yang mencabar bagi banyak syarikat bisnes. Sama ada syarikat kecil atau besar, mereka merasai kesannya secara langsung. Kesan kepada perubahan ekonomi negara dan dunia.

 

Lama atau sekejap, banyak atau sedikit, semuanya terkesan. Ya, laporan 6 bulan pertama atau 12 bulan pertama, bolehlah kita katakan masih menunjukkan rekod pencapaian yang baik. Tetapi, angka-angka tidak akan menipu.

 

Bagi 6 bulan atau 12 bulan seterusnya, ia tidak dapat lagi disembunyikan. Berapa banyak ‘adjustment’ sekalipun, angka-anagka ini akan memberikan hasil dan menunjukkan satu perkara yang terpaksa kita terima.

 

Maka, banyak syarikat kecil, dalam usaha memastikan mereka terus dapat memastikan aliran kewangan tunai stabil dan bertambah sejajar dengan pertambahan kos-kos penyelenggaraan dan operasi, mereka banyak masuk dan memulakan projek-projek.

 

Ada projek lama, dibangunkan semula.

Ada projek sedia ada, yang dibatalkan.

Ada projek baru yang dimulakan.

 

Apa juga situasinya, banyak juga syarikat kecil dan sederhana, menyusun banyak projek. Malah, setiap unit dalam syarikat, kini perlu memulakan projek sebagai ‘profit centre’ bukan lagi ‘cost centre’ semata-mata.

 

Setiap projek mestilah membawa keuntungan. Bezanya, ada yang perlu bawa sedikit dan ada yang perlu bawa banyak. Ada yang perlu bawa ‘intangible profit’ dan ada yang perlu bawa ‘tangible and significant profit’.

 

Bagi syarikat bisnes Tuan dan Puan sekarang, apakah senarai projek yang sudah dijalankan?

Apakah ada projek baru yang sudah disusunkan untuk 12 bulan akan datang?

Yang manakah akan menaikkan nama bisnes dan membawa ‘intangible profit’ dan yang mana akan bawa ‘significant and tangible profit’?

 

Bagi Tuan dan Puan yang menggalas tugas sebagai ketua syarikat, perancangan untuk mengekalkana pendapatan semasa, dan membawa masuk jalan-jalan wang masuk yang baru, adalah antara yang mencabar.

 

 

Sama ada projek kecil atau besar, setiap unit kerja dalam syarikat, yang sudah ditukar menjadi ‘profit centre’ akan menjadi salah satu cara yang membolehkan syarikat terus stabil dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini.

 

Komitmen kita kepada syarikat, bermakna komitmen kita kepada semua individu yang ada dalam syarikat kita, khususnya.

 

Malah, ia juga memberi kesan kepada pembekal dan pelanggan kita secara amnya.

 

Selamat berjuang!

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.