Kita mempunyai sejumlah masa yang sama, 24 jam sehari. Ironinya, masa yang sama ini, memberikan hasil yang berbeza daripada satu dengan yang lain.
Sama ada kepada individu, organisasi atau kumpulan, masa bekerja yang diperuntukkan selama 8 jam sehari itu juga memberikan hasil yang berbeza.
Hasil bagi sebuah syarikat, banyak ditentukan oleh KPI yang ditetapkan di peringkat syarikat, unit atau ‘department’ masing-masing.
Pengurusan masa juga merupakan satu seni yang mestia da pada semua orang, Sama ada apa juga jawatan dan fungsi yang mereka perlu lakukan, pengurusan masa akan membolehkan semua orang mencapai hasil yang optimum.
Bagi ketua syarikat dan ketua setiap unit (department) dalam syarikat, mereka perlu dibimbing dengan budaya dan sistem pengurusan masa yang membolehkan hasil setiap perkara diperolehi secara optimum.
Apakah yang boleh dilakukan?
- Sediakan SOP untuk semua perkara rutin dan berulang-ulang dalam setiap unit (bahagian) dalam syarikat.
- Asingkan tugas-tugas audit dan ‘advisory’ dalam operasi.
- Berikan sokongan kepada semua bahagian dalam syarikat dengan mengamalkan budaya kerja berinovasi dan secara berkumpulan.
- Komunikasikan semua maklumat yang perlu melalui 2 atau 3 cara supaya tidak ada bahagian yang tertinggal.
- Amalkan budaya melapor secara korporat yang disesuaikan dengan saiz dan fasa bisnes.
Pengurusan masa, merupakan satu seni. Ia boleh dipelajari, dan kemahirannya boleh dikuasai.
Bukakan jalan dan berikan peluang. Setiap bahagian dan individu akan perlu beradaptasi dan menyesuaikan dengan kebolehan dan kapasiti masing-masing.
Fokus kepada pengurusan masa untuk mendapat hasil yang optimum.
Noraminah Omar
September 2017
.