KEMBARA INTRA 6 : Selamat datang Oktober!

Menguruskan hal-hal yang berbentuk rutin, adakalanya membosankan. Tetapi, apabila terlalu banyak projek baru yang mahu dibuat, sukar juga. Sekiranya setiap tahun kita perlu keluarkan idea projek baru, tanpa ada projek yang stabil, situasi jadi sukar juga.

 

Dalam satu syarikat bisnes, ada 3 jenis pendapatan (minima) yang diperlukan.

Satu yang memang ‘steady’ dan masuk bulanan.

Kedua, yang masuk secara bermusim atau ‘seasonal’ dan satu lagi yang masuk ‘ad-hoc’ atau sekali sekala.

 

Bulan September 2017 ini, banyak juga hal-hal penutupan akaun dan urusan pengesahan kiraan cukai yang perlu diselesaikan. Maklumlah, akaun syarikat ditutup pada Jun setiap tahun.

 

Meskipun seorang CEO itu orang muhajirin, tugas utamanya itu macam nakhoda kapal, ada banyak masa juga perlu digunakan untuk membaca laporan, menganalisa data, dan mengumpulkan maklumat yang ada. Ini, memang kerja orang ansar.

 

Semasa proses menyediakan bajet syarikat, saya berbincang dengan COO, Puan Haslinda Ali.

Agak sukar untuk menetapkan pencapaian sasaran, melainkan kita bersedia dengan akibat kesannya.

 

 

Maka, selepas bercakap dengan ‘external advisor’ di bahagian kewangan, saya memilih 6 jenama utama yang menawarkan bisnes pendidikan, dan menganalisa datanya. Daripada model bisnes, status syarikat, maklumat di SSM, revenue stream, extension of business dan cara mereka mengumpulkan modal juga dikumpulkan.

 

Semua maklumat dimasukkan dalam fail ‘excel’ untuk memudahkan urusan analisa. Selepas mendapat pengesahan tarikh dan masa untuk berjumpa dengan Group COO, Tuan Suhaimi Mohd. Taib. Saya bawa bersama 4 orang pengurus kanan syarikat, yang sudah saya maklumkan awal tentang perbincangan itu.

 

Sesi perbincangan dan analisa SWOT yang sebelum ini hanya fokus kepada bisnes sendiri, kini sudah dibentangkan bersama 6 jenama lain dalam pasaran. Meskipun cara pengurusan dan pemasaran serta model bisnes yang ada, kita kekal dengan konsep ‘berlari dalam trek sendiri’, mengetahui ‘what’s the latest trend in the market’ juga penting.

 

Selepas sesi itu, beberapa perkara penting sudah mula kami gariskan untuk ABS Edu Solutions Sdn Bhd untuk menapak maju ke hadapan.

 

  • Syarikat akan berjalan dengan visi dan misi sedia ada yang sudah jelas.
  • Memberi fokus kepada pembangunan pelanggan yang tidak semestinya dibuat melalui pertambahan bilangan cawangan oleh pengusaha baru sahaja.
  • Menyusun produk dan khidmat kepada kategori 3 segmen pasaran perbeza.
  • Menambah khidmat dan produk yang berbentuk ‘seasonal’ dan berkala.
  • Memberi ‘highlight’ yang betul kepada sasaran pelanggan.

CONTOH:

“Tadika ABS ialah tadika yang menggunakan dwibahasa dalam pembelajarannya. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dan bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi kedua.”

  • Menyusun keperluan komunikasi kepada 3 segmen pelanggan utama.

“Building trust, getting enrolment, from customers to advocates.”

 

Input di atas, membolehkan semua pengurus kanan syarikat sama-sama terlibat dalam memberi input kepada penyediaan bajet 2018.

Bagi sebuah syarikat kecil, yang baru bermula pada tahun 2014, dengan model bisnes dimulakan tanpa sebarang pinjaman bank, ABS Edu Solutions Sdn Bhd sudah boleh berbangga dengan pencapaian, selepas pahit getir yang dilaluinya.

 

Meskipun dengan banyak kekangan, dan cabaran melangsaikan perkara dna urusan tertunggak, syarikat mesti diteruskan. Kepercayaan para pemegang saham kepada misi dan visi syarikat juga, merupakan amanah yang besar.

 

Perjuangan yang mahu dibawaiaitu “Perjuangan mengembalikan peradaban yang berbudaya tinggi.” Merupakan cabaran yang mahu dicapai dan mesti sampai di setiap peringkat.

 

Bermula dengan Pengusaha, ibu bapa, guru , anak-anak dan masyarakat.

Cabaran utama di bawah payung AKTIF BIJAK SANTUN ialah untuk mengetengahkan SANTUN yang dimulakan dengan pembinaan rasa hormat dan bangga dengan bahasa ibunda.

 

Pada masa yang sama, mengukuhkan kekuatan ‘business acumen’ di kalangan pengusaha dan pengurus dalam rangkaian bisnes jenama AKTIF BIJAK SANTUN juga, menjadi keutamaan. Dengan pematuhan dan kemahiran mengurus, jangka hayat komitmen membawa jenama juga, dapat dipanjangkan.

 

Yakin dan percaya, bahawa dunia ini jalan ke syurga, itu memang nyata.

Usaha, strategi, ilmu dan amal, menjadi bekalan bersama.

 

Selamat datang Oktober!

 

 

 

Noraminah Omar,

7.43 pagi, Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.