KEMBARA INTRA 8 : MENGUASAI EMOSI DIRI

Bagi ramai eksekutif kanan di banyak syarikat kecil dan sederhana, antara cabaran besar ialah mengumpul dan menganalisa maklumat bagi membuat keputusan. Malah, ada banyak aktiviti ini yang memerlukan kita keluar bertemu lebih ramai orang yang punya latarbelakang berbeza.

Berkenalan dengan orang baru, berbeza dalam industri juga banyak membantu kita melihat sisi pandang data semasa tentang bisnes. Apabila industri perkhidmatan sebagai contoh, mendapat input daripada pakar pemasaran dan ahli pengurusan kewangan atau pengurusan bisnes korporat, banyak juga maklumat baru yang diperolehi.

Ini membolehkan cara kita mengumpul dan menganalisa data dan memprosesnya sedikit berbeza daripada kebiasaan.
Pandangan dan pengalaman mereka yang berada dalam industri dan kepakaran yang berbeza, membolehkan kita berinovasi dalam hal sistem pengurusan atau yang berkaitan.
Sama ada perkara itu berlaku secara langsung atau tidak, ia merupakan satu kelebihan.

Namun, apabila kita berjumpa dengan ramai orang dan menerima banyak input, ada juga perkara yang perlu kita korbankan. Tiada apa yang datang percuma tanpa bayaran atau kosnya.

Antaranya, kos mengendalikan emosi dan diri sendiri.

Mahu atau tidak, kita perlu menghadapai banyak situasi yang memerlukan kita bijak membawa diri.
Membuka ruang lingkup berkawan-kawan dalam bisnes, tidak semestinya menemukan kita dengan yang baik dan positif sahaja.

Malah, adakalanya, kita terpaksa berdepan dengan situasi kritik, mendengar deretan maklumat salah dan mengelirukan.
Pada kebanyakan masa, banyak perkara yang kita dengar itu tidak menepati nilai dan prinsip bisnes yang kita pegang.

 

Dalam situasi begini, kita sering memilih untuk diam sahaja.
Ia bukanlah satu masa yang sesuai untuk memperjuangkan kebenaran, atau menyatakan kebenaran.
Menyatakan kebenaran, hanya sesuai apabila kita ada diberikan ruang dan autoriti dalam sesi berkenaan.

Dalam perbincangan atau perbualan, terutama dengan mereka yang memegang jawatan atau lebih autoriti dalam platform pertemuan itu, masa untuk menyatakan kebenaran itu mesti dipilih dengan betul.

Inilah antara cabaran yang memerlukan kita menguasai emosi diri terlebih dahulu.

Apabila emosi dalam keadaan yang baik, baharulah kita dapat berfikir dengan lebih baik,
tenang dan bercakap menyampaikannya dengan lebih yakin dan persuasif.

Ia bukan satu kemahiran yang kita dapat kuasai dalam satu atau 3 hari kursus.
Ia merupakan proses pembelajaran hidup yang membina kebijaksanaan melalui pengalaman.

 

Bertuah kepada mereka yang punya banyak peluang dan ruang yang dimanfaatkan sepenuhnya.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.