KEMBARA INTRA 9: Ukur baju di badan sendiri.

Ada banyak perkara yang perlu kita hadapi menjelang berakhirnya tahun semasa.

Maklumlah, November tahun 2017, bakal menuju ke penghujung.
Mahu tidak mahu, semua pengusaha dan pengurus bisnes, ada pencapaian yang perlu disegerakan.

 

Malah, ada perancangan yang perlu segera disiapkan untuk tahun hadapan.
Senarai kerja?

Sudah tentu sentiasa ada kemaskininya.
Sama ada berbentuk perkara semasa, sedia ada atau baru, senarainya masih tetap panjang.
Lainlah sekiranya kita tidak buat apa-apa.
Memang senarai apa pun tiada!

 

Apabila merancang dan mahu melakukan sesuatu, kita juga perlu melihat kapasiti sedia ada.
Kita juga tahu, kapasiti apa yang perlu ditambah atau diadakan.
Kapasiti dari segi sumber terutamanya.

Sumber ini berbentuk modal dan juga kepakaran.
Ya. Meskipun kita tidak ada kepakaran, kita masih boleh ‘membeli kepakaran’ itu.
Maknanya, modal pula menjadi isu.

 

Ada modal? Kurang modal?
Ada kepakaran? Tidak cukup pakar?
Ada staf? Tidak cukup staf?

 

Semua hal sumber dan kapasiti ini, perlu dikecilkan jurangnya.
Daripada apa yang kita ada dan apa yang mahu dicapai, perlu dikecilkan jurang alam realiti itu.

Apabila hakikat ini datang dangan angka dan analisa-analisa data, ia akan lebih meyakinkan.
Meyakinkan Ahli lembaga Pengarah dan juga tim pelaksana dalam syarikat bisnes kita.

Kekuatan sumber pula datang dengan beberapa pakej.

  1. Sumber modal yang cukup. Ada akses. Ada kekuatan.
  2. Sumber manusia yang cukup. Ada bilangan. Ada kepakaran. Ada kekuatan.

 

Apabla rancangan kita terlalu besar berbanding sumber yang ada, kita juga yang akan kecewa.
Hakikatnya, kita sendiri yang mencipta kekecewaan itu. Macam mana?

 

Orang kata, “As enterprenuer, you must think big.”
Kita pun, sibuk fikir mahu buat pelan bisnes besar-besaran.

Orang kata, “Tambah ‘revenue stream’.”
Kita pun tambah, tanpa fikir kos jualan dan tambahan perbelanjaan tetap.

Orang kata, “Outsource sahaja tugas-tugas kecil.”
Kita pun, lepas tangan kepada banyak perkara penting, meskipun baru 3 bulan mula bisnes.
SOP pun belum jelas.

 

Ya, ukurlah baju di badan sendiri.
Jika sudah membuat keputusan dalam perancangan bisnes, pastilah ada pelan tindakan.

Maka, kita jugalah yang mesti bertanggungjawab dengan keputusan itu.
Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ya, ukur baju, biar di badan sendiri.

 

Teks:

Noraminah Omar
14 November 2017
Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.