KEMBARA INTRA 10: Alah Bisa, Tegal Biasa

Menjadi lumrah manusia, kita mempunyai habit atau rutin tertentu. Sedikit atau banyak, perbezaan antara setiap individu itu menjadikan rutin setiap manusia berbeza. Walaubagaimanapun, ada banyak juga rutin yang ada persamaan antara seorang dengan yang lain.

 

Dalam konteks kerja dan menjalankan tugas dalam sebuah syarikat, ada banyak rutin yang ada persamaan. Ianya bergantung kepada bidang tugas, panduan dan KPI masing-masing. Biasanya, apabila berada dalam satu kumpulan kerja, akan ada rutin yang agak serupa dalam setiap kumpulan kerja.

Bagi sesetengah daripada kita, mengubah rutin dan kebiasaan adalah satu perkara biasa. Tetapi, bagi ramai orang, perubahan itu bukanlah sesuatu yang selesa. Malah, ia mempunyai banyak implikasi yang menjadikan kita perlu mengadaptasikan diri dan juga kerja apabila ada perubahan.

Bagi ramai diantara kita pula, kita maklum bahawa perubahan itu perlu. Bagi melihat pencapaian syarikat, adakalanya, ‘revision on budget’ setiap 4 bulan itu juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan rutin kerja juga berubah.

Bagi setiap tahun, pelan pemasaran yang berubah, memerlukan kita berubah sama. Apa juga perubahan, ia biasnaya mempunyai sela masa tertentu untuk diimplementasikan dengan baik. Perubahan pula, bertujuan menjadikan sesuatu itu lebih baik daripada sebelumnya.

Dalam hal mengurus syarikat, dua perkara penting yang sering memerlukan perubahan supaya proses dan sistem perjalanan bisnes bertambah baik ialah pengurusan kewangan dan sumber manusia. Perubahan ini bukanlah berlaku setiap hari, tetapi ia akan berlaku paling tidak setahun 2 atau 3 kali.

Apabila satu titik keseimbangan sudah dicapai, biasanya, ia akan mengambil masa yang lama untuk diubah semula. Pengurusan yang melibatkan wang dan sumber ini, merupakan anatara pengurusan yang perlu ‘agile’ dan pada masa yang sama mempunyai SOP yang standard.

 

Begitulah. Apabila kita sudah biasa dengan sesuatu perkara, semuanya nampak dan rasa macam biasa.

 

Teks:

Noraminah Omar

Kajang.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.