RANIA 4: Hidup dan Realiti Kehidupan

Banyak cerita dan pengalaman yang bebas kita boleh kongsikan dengan sesiapa pun. Sama ada mahu kita simpan atau ceritakan, ia adalah pilihan masing-masing. Malah, hari ini, banyak cara dan platform media sosial yang digunakan untuk tujuan berkongsi dan bercerita.

Dalam konteks berkongsi, setiap daripada kita juga faham bahawa ada etikanya. Mana-mana yang yang sesuai, dan mana yang tidak. Adakalanya, situasi A, tidak sama dengan situasi B. Adakalanya A yang ditulis dengan warna merah, kesannya tidak sama apabila A ditulis dengan warna biru.

Bagi institusi kekeluargaan, ada tatacara berkongsi, mengurus dan berkomunikasi. Meskipun tiada SOP standard, kita ada budaya dan pegangan agama dan kepercayaan yang dipegang. Ini semua memberi kesan kepada cara kita mengurus apa yang boleh dikongsi dan apa yang tidak dalam konteks pengurusan keluarga kita.

Bagi institusi seperti persatuan, syarikat dan ejensi, ia juga mempunyai banyak cara yang bersesuaian untuk memastikan maklumat dan perkongsian yang berlaku berada dalam kerangka yang betul. Setiap satu entiti mempunyai ‘daulat’ masing-masing yang sudah semestinya perlu dipatuhi berdasarkan peraturan sedia ada.

Manakala, sebagai individu atau orang perseorangan, sudah tentu kita mempunyai hak yang biasa orang sebut sebagai ‘human rights’. Hak menyatakan pendapat, hak menyuarakan pendapat dan banyak lagi hal lain yang berkaitan dengan keupayaan individu.

Urusan individu pula banyak kaitan dengan institusi yang dia berada di dalamnya, termasuklah institusi keluarganya. Katakanlah saya sendiri. Nama saya Noraminah Omar. Sudah tentu orang tahu, saya ada ayah bernama Omar. Ini maklumat peribadi yang melibatkan keluarga. Seterusnya, orang akan bertanya saya ‘buat apa?’. Maka, orang akan dapat tahu bahawa saya (pada tarikh artikel ini ditulis) sedang bekerja di ABS Edu Solutions Sdn Bhd.

Maka, mahu tidak mahu, secara peribadi, sebagai individu, apa yang saya lakukan ada tempiasnya kepada keluarga (paling tidak nama baik ayah saya) dan juga syarikat tempat saya bekerja. Apabila ini berlaku, saya sebagai individu (contoh dalam artikel ini) mestilah mempunyai satu etika dalam menyuarakan hak persendirian.

Etika yang dimaksudkan, bukanlah khusus kepada saya atau mana-mana individu, tetapi ia lebih mencapah kepada umum. Apakah etika itu?

Secara amnya, apa-apa yang kita lakukan mestilah TIDAK MEMBERI MUDARAT kepada diri kita, ahli keluarga dan masyarakat. Ia adalah satu perkara yang sangat subjektif dan sukar ditentukan cara dan bagaimana.

Malah, adakalanya, secara peribadi, kita melihatnya sebagai sesuatu yang baik. Pada masa yang sama, ada pula yang melihatnya sebagai perkara yang  buruk.

  1. Apabila perkara itu di luar bidang kuasa/autoriti/kepakaran, elakkan daripada memberikan pandangan peribadi.
  2. Apabila perkara itu, melibatkan hal teknikal, berbincang dan selesaikan dengan pihak berkenaan sahaja.
  3. Apabila perkara itu melibatkan perkara teknikal yang ada langkah dan formula, orang lain boleh tiru dan boleh dapat hasil yang sama, kongsikan. Contoh, apabila air mendidih pada 100 darjah celcius, tutup api. Teknik ini boleh ditiru.
  4. Apabila ianya adalah pendapat sahaja, mesti kita bersedia menerima kritikan atau komen orang yang tidak setuju. Maka, kita juga apabila tidak bersetuju dengan pendapat orang lain, menjaga etika memberi kritikan. Yang sebaiknya, kita elakkan. Kritikan tidak sama dengan maklumbalas yang memberikan input dan cadangan penyelesaian.

Dalam apa juga situasi, semua manusia sebagai individu, mempunyai sisi hitam masing-masing. Setiap orang, ada ‘perangai buruknya’. Maka, apabila kita menjadi ahli masyarakat, ‘perangai buruk’ individu itu, jika hanya satu tabiat yang tidak menyenangkan, tidak melanggar apa-apa hukum dan peraturan, kita harus terima.

Contohnya, jika monyet itu memang suka menggaruk-garuk dan arnab itu suka mengusap hidungnya berkali-kali, biarlah. Asalkan monyet itu terus menurunkan kelapa daripada pokoknya dan arnab itu terus membekalkan kita dengan dagingnya.

Malah, lembu dengan perangainya melepaskan najis merata-rata itu pun, kita bertahan kerana kita membelanya untuk mendapatkan dagingnya.

Ini contoh sahaja. Tidaklah bermakna saya menyamakan manusia dengan binang pula.
Ia umpama satu metafora sahaja.
Mahu atau tidak, hidup ini memang merupakan satu jalan.
Kita ada destinasi yang mahu dituju.

 

Umur kita semakin meningkat saban hari.
Jadi, biarlah kenangan yang kita bina sebagai individu itu, kenangan yang akan dirindui kelak.

 

Salam perjuangan.

 

Noraminah Omar
Gombak.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.