Catatan kali ini, merupakan antara pengalaman dan jujukan perkara yang berlaku semasa saya menjalankan tugas mengurus syarikat sebagai CEO dan juga Konsultan Pengurusan Bisnes. Tidak kira apa juga pandangan terhadap dua nama jawatan yang sudah diberikan kepada saya oleh syarikat, tetaplah saya menjalankan tugas dalam kerangka yang ada.
Pencapaian setiap bahagian tugas itu, ada keperluannya memenuhi kepentingan setiap syarikat.
Ya, bagaimana kita menyusun dan mengurus syarikat?
Tidak ada yang betul.
Semuanya bergantung kepada pengurusan, dan orang-orang yang bertanggungjawab di dalam kumpulan pengurusan.
Bagaimana cara mahu pilih sama ada berbisnes enterprise atau PLT atau SDN BHD?
Keputusan pemilihan ini, ada banyak kaitan dengan ‘status’ founder bisnes itu. Apakah beliau mahu memulakan bisnes dengan kecil dan dalam kapasiti sendiri-sendiri sahaja atau bagaimana?
Sekiranya memang mahu mula belajar sahaja, memang akan disarankan dengan lesen enterprise memadai.
Dengan modal bisnes minima RM2000, ia cukup ideal.
Sekiranya bisnes yang mahu dijalankan melibatkan perkongsian dengan individu tertentu, lihat risikonya.
Jika kecil, tidak mengapa dengan lesen enterprise. Boleh buat perkongsian.
Tetapi ingat, mesti ada perjanjian modal, siapa yang bawa, berapa banyak dan macam mana dengan status modal. Dipulangkan semula atau bagaimana?
Biasanya, semasa bermula, memang OK.
Selepas mula buat duit, banyak isu pula. Itu sahaja.
Banyak lagi artikel tentang bisnes dengan lesen enterprise di www.noraminahomar.blogspot.com
Sekiranya bisnes mahu dijalankan dengan lebih serius ada partner, ada modal dan berkongsi pula dengan jenis ‘modal BUKAN tunai’ syarikat PLT lebih sesuai. Dalam AKTA 2016, semua modal mesti dapat dinilaikan tunai dan terus dimasukkan dalam rekod. Tiada lagi ‘authorised share capital’ seperti sebelum ini.
Jadi bagi anak muda yang bawa modal ‘kerja dan kepakaran’ sebagai modal,
sukar untuk dizahirkan secara ‘immediate’ dalam syarikat SDN BHD.
Jadi, saranannya dalam kes ini memanglah syarikat PLT.
Syarikat PLT ini, sifatnya separuh enterprise, separuh SDN BHD.
Dalam banyak hal, ramai anak muda yang tidak boleh ada nama dalam SSM atau ada isu ‘blacklist’.
Maka, dalam isu ini, mesti ada perjanjian proksi pula. Semua ini valid apabila ada syarikat.
Mudah urusannya supaya hak semua pihak terjaga.
Bagaimana pula dengan SDN BHD? Kenapa tidak terus saya buka sahaja SDN BHD.
Ya, boleh sahaja. Biasanya, bisnes yang melibatkan francais, mewajibkan francaisinya membuka syarikat. ATAU mana-mana bisnes yang berbentuk perlu ada royalti daripada julan jualan atau nett profit, mereka mesti akan wajibkan francaisi atau lisensi membuka syarikat SDN BHD. Syarikat ini KETAT pematuhannya.
Bagi urusan syarikat SDN BHD, jika kita ada mindset, “Saya buka bisnes kecil aje pun…Banyak manalah sale…”
Kalau macam ini, JANGANlah buka SDN BHD. Kos pengurusan SDN BHD lebih tinggi.
Untuk retainer fee sahaja, minima RM60 sebulan. Caj atas setiap dokumen mengambil antara RM6-RM8 setiap keping dokumen yang perlu disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
Untuk kos penyediaan akaun juga mengikut status pengurusan akaun. Labih rumit, lebih mahal. Untuk audit pula, minima dalam setahun mesti ad abajet sekitar RM5ooo. Untuk kos-kos lain, mesti ambil tahu. Ada banyak lagi. Maklumlah…banyak pendapatan bisnes, mestilah banyak juga kos pengurusannya.
Jadi, strategi pengurusan mesti selari dengan jenis syarikat (kenderaan) yang mahu kita gunakan.
SDN BHD, merupakan alat untuk membolehkan bisnes berkembang dan memerlukan orang yang mempunyai kepakaran tertentu.
Ia bukan tentang apa jenis bisnes kecil atau besar sahaja.
Untuk bab pilihan syarikat, saya berhenti setakat ini sahaja.
Ada banyak perincian dan penerangan yang lebih sesuai dibincangkan mengikut situasi bisnes dan soalan secara spesifik. itulah kelebihan kelas dan sesi coaching. Bayarannya memang agak mahal, tetapi tidaklah sampai RM20,000 denda kerana tidak patuh kepada pengurusan syarikat mengikut AKTA.
BAGAIMANA pula jika saya mahu buka 1 sahaja syarikat dengan ada akaun untuk 9 cawangan bisnes yang lain? Bukankah itu lebih jimat? Kos pengurusan syarikat boleh dikurangkan.
— sambungan artikel seterusnya.