Tulisan ini merupakan bahagian 2. Boleh baca bahagian 1 di sini.
BAGAIMANA pula jika saya mahu buka 1 sahaja syarikat dengan ada akaun untuk 9 cawangan bisnes yang lain? Bukankah itu lebih jimat? Kos pengurusan syarikat boleh dikurangkan.
Baik, ini juga situasi yang klasik. Maknanya, ini perkara biasa.
Sebenarnya, banyak juga bisnes yang menguruskan begini. Secara peribadi, semasa mengurus dalam salah sebuah syarikat di ABS, kami juga ada pengalaman ini. Ya, mungkin pengalaman itu buruk. Tetapi, kami bertemu jalan penyelesaian.
Baik. Bolehkah begitu? Buka satu syarikat dan semua 9 akaun cawangan letak dalam 1.
Sudah tentu. Bukalah satu syarikat sahaja. Jika mahu PLT boleh SDN BHD pun boleh.
Buka satu, kemudian susunkan akaun berasingan, dan ‘console’ akaun setiap bulan.
Mesti ‘console’ sebab ia dalam nama satu syarikat.
PERTAMA
Ambil contoh begini. Syarikat ZXC PLT membuka 9 cawangan kedai. Kena semak juga.
a. Apakah 9 cawangan ini 100% owned?
b. Apakah 9 cawangan ini ada majoriti shareholder yang sama?
Jika a, sudah tentu tiada masalah.
Jika b, perlu ada persetujuan bersama dengan semua shareholder.
Apakah mereka memang bersetuju semua shareholder duduk dalam satu syarikat?
Apakah mereka faham jika ada cawangan yang rugi, cawangan yang untung kena kaver?
Kesannya, cawangan yang rugi, mungkin kena tutup. Ini bisnes.
Apabila ini selesai boleh, teruskan sahaja. Uruskan sahaja risiko semua partner itu ya.
KEDUA
Apakah syarikat bersedia menguruskan akaun dengan kemungkinan kenaikan nilai jualan dan juga nilai cukai satu syarikat itu?
Apakah syarikat bersedia menguruskan isu ‘loss of disposal’ sekiranya ada cawangan yang rugi dan mesti ditutup?
Apakah syarikat mempunyai kapasiti pengurusan kewangan (perakaunan) dan sistem pemantauan kewangan 9 cawangan masuk dalam 1 akaun syarikat?
ATAU apakah syarikat mempunyai kapasiti dan bersedia menyelenggara urusan 9 cawangan akaun bank berlainan dalam nama 1 syarikat?
Apabila ini semua sudah ditimbangtara, ya, teruskan sahaja.
Uruskan risiko kehilangan ‘cash on transit’dan sediakan prosedur kewangan yang ketat pemantauannya.
KETIGA
Apabila syarikat ada banyak mengikut cawangan, ada kelebihan dan ada kekurangan.
Apabila syarikat ada 1 dan menguruskan banyak cawangan, ada kelebihan dan kekurangan.
Inilah yang diperlukan adanya kepakaran strategis dan pengurusan bisnes.
Sekiranya kita masih baru dalam bisnes, dapatkan kepakaran dalam pengurusan.
Jika kita ambil external advisor, pastikan ada bayaran persetujuan dengan SLA.
Sekiranya kita bawa masuk partner sebagai ALP, pastikan ada lantikan ALP dengan sah dan padan tugas dengan bayarannya.
Pada kebanyakan masa, jika kita dapat nasihat percuma dan daripada pelbagai sumber yang BUKAN atas dasar persetujuan bisnes, ini semua sukar dicapai.
Malah, apabila kita bersetuju dengan konsultan atau external advisory, patuhlah kepada terma yang dipersetujui.
Sesi temujanji, khidmat nasihat mesti hadir. Jangan cancel dan postpone banyak kali.
Tidak akan dapat capai apa yang dirancang nanti.
Jika ada isu, boleh sahaja batalkan dan lantik yang lain.
Keserasian dalam bisnes juga berbeza-beza.
Macam ubat doktor.
Ada sesetengah OK, ada yang tidak.
Bagaimana pula jika saya dapat nasihat yang tidak betul?
Company Secretary pun tak advise saya?
Bayar mahal!
— bersambung