Tulisan ini merupakan jujukan daripada bahagian 1 dan bahagian 2.
Bagaimana pula jika saya dapat nasihat yang tidak betul?
Company Secretary pun tak advise saya?
Bayar mahal!
Apabila kita menguruskan syarikat, bermakna kita merupakan ketua dalam syarikat.
Melainkan jika tugas CEO, sudah kita serahkan kepada orang baru.
Maka, kita masih tetap bertanggungjawab sebagai ALP atau ahli lembaga pengarah.
Melainkan itu pun kita sudah letak jawatan.
Maka, kita mungkin hanya sekadar pemegang saham.
Namun, dalam konteks tulisan ini, ia merupakan status kepada syarikat
yang masih diuruskan dan diketuai oleh pendiri bisnes itu sendiri.
Jadi, bagaimana? Apa yang perlu dilakukan apabila kita tidak mendapat nasihat yang betul?
Lalu, kita mengalami situasi dan krisis pengurusan. Macam mana?
Pertama sekali, setiausaha syarikat itu, macam staf kita juga. Kita lantik dia, dan dia uruskan hal-hal yang berkaitan teknikal, dokumentasi dan perundangan asas dalam pengurusan syarikat. Borang, dokumen, submission, mereka lakukan. Ya, mereka ada tugas memaklumkan dan memberi kita update akan hal-hal berkenaan persyarikatan.
Namun, kita sebagai ‘majikan’, masih kekal dengan tanggungjawab memastikan ‘disiplin’, KPI dan tugas yang mesti dibuat selesai. Apabila ada budaya kerja ini, setiausaha syarikat tahu bahawa kita adalah ‘majikan’ yang serius dalam hal pengurusan bisnes.
Apa sahaja input daripada mereka, kita akan ambil tindakan. Ada bayaran, buat. Ada dokumen diminta, sediakan dan beri. Ada situasi, cepat-cepat rujuk, tanya. Ada perkara perlu selesaikan, duduk bincang dan rancangkan.
Sekiranya ianya tentang bagaimana menjadi CEO yang efektif, ada banyak kelas dan program latihan untuk PENGARAH SYARIKAT yang dijalankan oleh banyak ejensi di Malaysia. Kita hadiri sahaja kelas-kelas itu. Kemudian, semak pula tugas pemantauan urusan syarikat. Minta setiausaha syarikat bantu dengan apa yang sudah kita tahu itu.
Sebagai ketua syarikat atau kebiasaannya dipanggil CEO,
kita mesti mempunyai hubungan yang baik dengan 3 pihak ini.
Akauntan, peguam dan setiausaha syarikat.
Jadikan mereka orang yang dekat dan cepat serta mudah dihubungi. Beri kerjasama kepada mereka.
3 pihak ini biasanya akan memberi kerjasama yang penuh kepada ‘majikan’ yang bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya.
Walaupun begitu, kita masih ada hak untuk menukar akauntan, peguam dan setiausaha syarikat.
Jika ada situasi atau hal yang tidak memenuhi keperluan syarikat, selepas perbincangan,
andai tidak selesai, kita ada hak menukar kepada lantikan lain.
Maka, di sinilah yang saya nyatakan ia umpama ‘majikan’ dan ‘pekerja’.
Dalam hal hubungan professional, kita masih kekal dengan etika komunikasi dan cara kerja.
Tidaklah pula kita layan mereka macma pelanggan biasa pula.
Isu persepsi profesionalisme ini, isu lain pula.
Bayaran profesional kepada setiausaha syarikat, bukanlah satu perkara yang perlu kita pertikaikan.
Macam Tuan pergi beli rumah. Apakah boleh kita pertikaikan yuran guaman yang uruskan proses jual beli itu?
Semua setiausaha syarikat juga ada badan yang mengawalnya. Ada ‘regulatory body’ yang memantau mereka.
Jadi, ia bukan kerja suka-suka. Mahal ada hasilnya. Kita sendiri mesti tahu cara menuai, baru dapat hasil.
Bisnes merupakan pengurusan yang perlu disusun secara optimum.
BUKAN berjimat, Tuan.
Ya, boleh uruskan syarikat dengan sendiri, terutama PLT.
Tetapi, apakah tugas mengembangkan bisnes itu boleh jatuh nombor dua?
Bagi syarikat SDN BHD, meskipun SPC (single person company), Tuan masih perlu lantik setiausaha syarikat selepas 30 hari pendaftaran. Itu syarat AKTA. Mahu pertikai lagi?
Urus sahajalah dengan lesen enterprise. Semua Tuan buat sendiri, ikut suka.
Lagilah saya tak puas hati.
Ajak buka syarikat, kemudian dia nak minta 51% pulak!
— Bersambung