RANIA 8 : Pengurusan dan Memilih Syarikat – 4

Siri ini adalah sambungan daripada bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3.

 

Lagilah saya tak puas hati.
Ajak buka syarikat, kemudian dia nak minta 51% pulak!

 

Pertama sekali, memanglah silap orang yang datang itu mengajak Tuan yang tidak pernah ada pengalaman bersyarikat buka syarikat.
Saya yakin tujuannya baik. Caranya yang tidak betul dan salah orang pula!

Siapakah sebenarnya yang sesuai diajak dan dibawa masuk dalam syarikat sebagai anak syarikat?
ITU SITUASI PALING UTAMA yang saya mahu ketengahkan.

Sudah tentu bukan orang macam Tuan yang belum apa-apa sudah tidak puas hati.

 

Mengambil saham mana-mana bisnes dengan porsi yang besar (dengan cara membeli dan membayarnya) adalah normal bagi banyak syarikat pelaburan. Pengurusan dan bentuk pelaburan (pembayaran saham itu) pula, ada banyak yang boleh disusun dan ditetapkan atas persetujuan.

Secara ringkasnya, jika Tuan tidak setuju, say NO and move on.

Sebagai orang bisnes, mesti tahu bezakan yang mana ‘scam’ dan yang mana ‘not my game’.

 

Semasa saya menghadiri banyak sesi seminar dan kelas anjuran ejensi kerajaan seperti INSKEN dan Agensi Inovasi Malaysia, ada banyak juga yang dibincangkan. Salah satunya, ialah ‘mindset’ kepada ‘inventor’, ‘innovator’ dan ‘enterpreneur’ yang sentiasa mahu “HAK SAYA” dalam banyak hal.

Secara ringkasnya, masih ramai di antara kita yang mahu ada pegangan 90% dan 100% meskipun syarikat itu hanya menjana RM1000 sebulan. Puas hati katanya…

 

Berbalik tentang serahan 51% dan status anak syarikat.

Ia merupakan keperluan dalam persyarikatan untuk menjadi status anak syarikat. Dalam tulisan ini, sukar untuk saya bincangkan tentang manfaat sebagai anak syarikat sekiranya Tuan dan Puan yang membaca tulisan ini LANGSUNG TIADA PENGALAMAN bisnes bersyarikat.

Secara ringkasnya, memang menjadi keperluan yang dinyatakan dalam akta syarikat, syarat menjadi anak syarikat ialah adanya syarikat induk yang memegang majoriti saham dalam syarikat itu. Jika 100%, majoriti ialah 51%. Ini adalah fakta dalam akta. Usahlah tanya saya kenapa.

 

Mudahnya begini, jika kita tidak bersedia dan tidak mahu, beritahu sahaja.
Sekiranya kita berminat dan mahu tahu, bincanglah terus dengan cara bertulis dan dapatkan maklumat.

Kita boleh belajar banyak daripada kisah Mark Zuckerberg founder FB,

dan juga Jack Ma founder Ali Baba.

Cuba semak berapa sebenarnya pegangan saham mereka dalam syarikat yang asalnya dia bangunkan?

 

Dalam pengurusan syarikat dengan pemegang saham majoriti, ia adalah sama macam menyerahkan kuasa mengurus syarikat kepada syarikat induk. Bagi ramai pengusaha bisnes, mereka tidak mahu. tetapi, memang ada kumpulan orang bisnes yang mahu menjadi anak syarikat.

Kumpulan ini ialah orang yang biasanya sudah lama dalam bisnes. Itupun, bergantung kepada situasi, status dan tujuan bisnesnya itu. Jika ‘family’ bisnes, ada ‘game’nya juga.

Banyak ejensi seperti EKUINAS yang juga mengambil saham majoriti dalam syarikat bisnes sedia ada. Ini hal lain, memandangkan situasi yang dinyatakan sebagai 51% itu adalam milikan syarikat persendirian.

Apa yang mahu dimaklumkan adalah biasa kepada syarikat pelaburan untuk mengambil, meminta dengan membeli saham majoriti dalam syarikat lain. Ini normal. Ini biasa.

Saya ulang, orang bisnes mesti tahu yang mana ‘scam’ yang mana ‘not my business game’.

Tidak tahu kita belajar. Tunjuk bodoh buta-buta, tidak bagus untuk imej kita.

 

DALAM HAL persyarikatan Malaysia, katalah kita merujuk kepada AKTA SYARIKAT 2016, tidak boleh saham itu tidak dibayar. Maka, sekiranya Tuan diminta menyerahkan atau ada yang mahu membeli saham majoriti, bincangkan sahaja dahulu dalam bentuk apa pembayarannya dan bagaimana caranya.

Semuanya mestilah dibuat dengan persetujuan. Semua ini, hanya boleh berlaku apabila adanya persetujuan dan tindakan kita dengan aturan perundangan. Jika kita tidak setuju, ‘say NO’ dan ‘move on’.

Ini BUKAN game apa-apa, melainkan yang normal dalam bisnes.

 

Malah, jika ada keraguan, buatlah laporan polis dan failkan dalam kategori ‘jenayah komersial’.

Izinkan saya memberi contoh.

Dalam pengurusan syarikat ABS Edu Solutions Sdn Bhd, saya juga memastikan semua saham yang mahu dibeli oleh syarikat induk dibayar dengan betul. Apa-apa hak syarikat, saya masih ada kuasa untuk mempertahankannya memandangkan saya memang seorang CEO dalam syarikat dan juga ALP dilantik untuk syarikat itu.

 

Maka, menjadi tugas atas kebijaksanaan saya dan juga usaha kesungguhan saya untuk melaksanakan tugas itu. Pengurusan syarikat ada undang-undang yang perlu kita tahu. Apabila kita tidak selesa, tidak mengapa.

 

Malah, sepanjang saya menguruskan syarikat itu, ada 3 pihak luar yang pernah datang dan mahu membeli saham syarikat dengan memohon nilai yang besar, 30%. Penolakan dibuat dengan baik. Yang datang itu, seorang berbangsa  Cina, dan dua orang lagi Melayu. Saya buat keputusan berdasarkan polisi syarikat pada masa itu. Polisi ini, boleh berubah mengikut mesyuarat ALP.

 

Jadi, jika tidak selesa, tidak mengapa.
Saya ulang ‘say NO’ dan ‘move on’.

 

Apabila kita bercakap dan menulis perkara yang di luar pengetahuan kita,
kita akan kelihatan jauh lebih bodoh daripada yang sedia ada.

Maka, setakat ini tulisan yang sesuai untuk bahagian ini.
Ada banyak perkara yang tidak dapat dicatatkan dan hanya sesuai dijawab dalam kelas atau sesi perbincangan.

 

Noraminah Omar

Kajang.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

2 thoughts on “RANIA 8 : Pengurusan dan Memilih Syarikat – 4”

  1. MOHD KHAIRUL ANWAR BIN ROMLI

    Assalamualaikum. Saya nak tanya. Sebelum itu saya ada syarikat berstatus PLT. Ada 2 partner termasuk saya dan isteri. Perniagaan saya menghadapi masalah dan telah berpindah ke lokasi lain. Saya diberi modal oleh seorang kawan sebanyak RM30K untuk mulakan semula perniagaan saya. Dia minta namanya dimasukkan sebagai partner PLT. Jadi sudah bertambah jadi 3. Adakah sebaiknya masukkan namanya atau pun masukkan Enterprisenya. Saya Tak berapa faham sebenarnya kesan masukkan namanya partner orang lain.Terima kasih

    1. Waalaikumsalam.

      Tuan, kami baru upgrade features di laman ini dan input Tuan baru kami terima.

      Untuk syarikat, pekongsi ialah nama individu. ENTERPRISE bukan syarikat yang boleh dimasukkan nama. Sebaiknya, letak nama individu sahaja.

      Namun, kiraan pegangan saham perlu dikira semula

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.