25 Hari Menjelang 2018

Setiap tahun, merupakan tahun yang unik. Ada cabaran sendiri.
Ada tawa dan tangis yang dilalui. Suka duka, semuanya silih berganti.
Tidak kira apa yang dilalui, ia merupakan satu proses perjalanan yang perlu ditempuhi.

Tidak kiralah sama ada dalam kehidupan peribadi atau dalam kerjaya dan pekerjaan yang menjadi tugas hakiki.

 

Kali ini, suka saya menulis beberapa perkara, dalam konteks bekerja dalam sebuah syarikat. Syarikat, boleh jadi milikan kita sepenuhnya, atau merupakan milikan kita sebahagian dan dikongsi dengan orang lain, atau milikan orang lain sepenuhnya dan kita bekerja di dalamnya.

Rata-rata, bagi yang sudah menjalankan bisnes bersyarikat, 2-3 tahun, merupakan satu tempoh yang sudah cukup untuk menjadi lebih matang berbanding pada peringkat memulakan bisnes bersyarikat. Matang bukan hanya dalam konteks pengurusan bisnes mengikut industri, tetapi matang sebagai ketua dalam kapal yang sedang kita nakhodai.

Setiap keputusan dan tindakan juga, ada kesan yang kita tidak jangka. Adakalanya,  dalam sasaran nilai-nilai dan angka-angka, ada kesan sampingan yang perlu kita tanggung juga. Ia tiada dalam fail pelan rancangan. Tetapi ia terjadi apabila kita sudah mengambil tindakan.

Pada Mac 2016, saya menerima lantikan kereja sebagai CEO sebuah syarikat yang mahu dikembangkan. Ahli Lembaga Pengarahnya membuat keputusan membuat lantikan baru mengikut fasa dan keperluan syarikat pada masa itu.

Pada 100 hari pertama, ia adalah tempoh dan masa memahami semua proses dan model bisnes sedia ada. Ia juga masa untuk mengenali setiap unit  kerja yang terlibat sama ada eksekutif atau bukan eksekutif. Pada masa yang sama, susun atur rantaian kerja dari pembekal hinggalah kepada pelanggan disemak satu persatu.

Dokumen dan rekod menjadi teman setia pada kebanyakan masa. Dalam tempoh ini jugalah, kita menyampaikan mesej utama sebagai ‘leader’ kepada ahli tim sedia ada.

3 bulan seterusnya, merupakan masa untuk menjalankan tugas berdasarkan hasil maklumat. Apa yang baik, dikekalkan dan ditambahbaik. Apa yang kurang memberansangkan, disemak semula untuk tindakan diambil. Mana yang tidak menunjukkan apa-apa keperluan dan potensi, diberhentikan aktivitinya sehingga satu tempoh tertentu.

Selepas itu, bermulalah cabaran-cabaran pengurusan yang biasa dilalui dalam mana-mana syarikat. Bermula dari bahagian operasi, HR dan kewangan sehinggalah kepada unit operasi setiap bisnes itu sendiri.

 

Antara yang paling mencabar ialah:

  1. Memenuhi semua keperluan ‘stakeholders’, bermula daripada pemegang saham, sehinggalah kepada pelanggan.
  2. Untuk sentiasa ‘up to date’ dengan situasi dan fasa bisnes semasa. Jenis-jenis bisnes B2B dan B2C mempunyai keperluan yang berbeza.
  3. Menyeimbangkan keperluan jualan semasa dan kualiti perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.
  4. Menambah saluran untuk sampai kepada sejumlah pelanggan yang betul dan tepat pada masanya.
  5. Menyeberang lautan gelora dengan ‘kaedah pemasaran’ pelbagai yang menjadi permainan komoditi.
  6. Perubahan kekuatan ekonomi, politik dan sosial masyarakat setempat (dan secara keseluruhan) yang ada kaitan langsung dengan kadar pertumbuhan bisnes (jualan).

 

Bagi pengurusan bisnes era ini, penangan media sosial, tidak dapat dielakkan. Baik dan buruknya, merupakan sebahagian daripada keperluan pembangunan bisnes semasa.

Menjelang tahun 2018, ada banyak perkara yang perlu diusahakan. Ada banyak juga yang perlu dibaiki dari masa ke semasa.

Berpijak di bumi nyata, merancang berdasarkan angka-angka.
Membuat keputusan secara rasional, mendahulukan syarikat sebagai satu kumpulan.
Semua ini, merupakan perkara yang normal.

Pertukaran rakan kolaborasi, pembekal dan pelanggan.
Keluar masuk pekerja lama dan baru.
Perubahan model bisnes.
Penambahan model bisnes dan produk serta perkhidmatan.
Pertukaran tim kerja.
Keluar, masuk, buka, tutup.
Semua ini, perkara biasa dalam bisnes.

Akhirnya, matlamat pengurusan syarikat bisnes, merupakan sesuatu yang unik.
Ia umpama satu seni yang hasilnya hanya untuk mereka yang mampu menghayati dan menghargai
mesej di sebaliknya.

Apa sahaja jalan yang dipilih, akan ada cabarannya.
Apa juga keputusan yang kita buat, ada kesan timbal balasnya.

Kekal dengan prinsip yang baik.
Kekal dengan konsep bekerjasama dalam kumpulan.
Kekal dengan tujuan kolaborasi yang membawa manfaat.

“Business is friends.”

Selamat menempuh tahun 2018!

Noraminah Omar
Kajang, Selangor.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.