MENGETUAI dan MEMIMPIN

Tahun 2017, merupakan tahun yang banyak membawa cabaran
dan pengajaran seperti tahun-tahun sebelumnya.
Ada banyak yang menjadikan kita bertambah baik.
Banyak juga yang membuka pintu kepada peluang untuk belajar dan memperbaiki keadaan.

Mahu atau tidak, situasi perkembangan politik,
ekonomi dan sosial setempat memberi kesan kepada kita sebagai salah seorang ahli masyarakat.
Tidak kiralah kita ini sebagai majikan, pekerja atau apa sahaja status yang kita pegang.
Juga, ia tidak mengira nama jawatan dan bidang kerja yang perlu diselesaikan.

Semuanya mempunyai situasi masing-masing yang berbeza.
Setiap satunya unik, meskipun mempunyai beberapa ciri persamaan.

Apabila meneliti pengalaman tahun 2017, ia banyak memberikan saya pengalaman baru.
Ada banyak kemahiran baru yang perlu dikuasai.
Pada masa yang sama kemahiran dan kelebihan sedia ada, masih perlu terus digilap.

Salah satu cabaran besar ialah menyeimbangi keperluan tugasan dan tanggungjawab
bersama keluarga dan juga kerja.
Ia adalah perkara biasa.
Namun, bagi setiap tahun dan fasa perkembangan keluarga dan kerjaya,
ianya berbeza-beza.

Menjelang hujung DIsember 2017, menjelang tahun 2018, banyak juga situasi
dan kekeliruan berlaku dalam hal pengurusan.
Kedua-duanya wujud. Pengurusan keluarga dan juga kerja.

Kali ini, suka saya menyorot kepada hal pengurusan kerja.
Staf yang merupakan antara kumpulan manusia yang menjadi tugas kepada ketuanya untuk memimpin.
Adakalanya, situasi tekanan yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian, memberi kesan kepada prestasi dan pencapaian kerja mereka.

Sebagai ketua, urusan sebegini, memerlukan juga masa untuk dirancangkan.
Paling tidak, semangat dan ‘morale’ kumpulan staf mesti dikekalkan.
Menjelang hujung tahun, ada staf yang mengalami isu rumah tangga, hutang,
hal ahli keluarga yang melibatkan perkahwinan, kelahiran, kematian dan perceraian.

Semua perkara ini, naluri manusia, sedikit sebanyak ada yang terkesan.
Apabila kumpulan staf yang masuk bekerja dalam keadaan semangat dan ‘morale’ yang rendah,
sukar bagi sebuah kumpulan untuk bergerak seperti biasa.

2 minggu akhir bulan Disember 2017, saya mengambil masa menyelami beberapa perkara
yang berkaitan hal ‘ketua yang memimpin’. Tidak ada satu cara yang tepat bagi semua orang,
atau satu standard yang boleh digunapakai dalam semua keadaan.
Pada masa yang sama, ada banyak contoh, dan gaya kepimpinan yang kita boleh contohi.
Yang baik, kita tiru dengan mengadaptasi.

Cabarannya, menjadi ketua, kita mempunyai sekumpulan manusia (staf) yang mahu dirinya dipimpin.
Maka, cabaran ketua menjadi kepimpinan yang memenuhi keperluan itu,
merupakan satu tekanan juga kepada Sang Ketua.

Pada masa yang sama, masih ramai yang bercakap tentang perbezaan gender.
Sama ada ketua lelaki atau perempuan itu, lebih profesional dan optimum.
Sama ada imej kumpulan dan syarikat, bergantung kepada kekuatan ketua lelaki atau perempuan.

Secara peribadi, setiap situasi kepimpinan mempunyai cabaran masing-masing. Sama ada lelaki atau perempuan, sifat dan ciri manusia secara semulajadi, tetap akan ada. Sama ada ianya, memberi kesan baik atau sebaliknya, itu banyak bergantung kepada banyak faktor.

Dalam banyak situasi, sebaiknya, kita fokus dan lihat kepada perkara yang ada dalam kawalan.
Apa yang kita boleh lakukan? Apakah pelannya?
Adakalanya, terlalu banyak masa digunakan untuk
merancang dan memikirkan halangan, masalah dan cabaran
sehingga kita lupa tentang solusi dan apa yang boleh kita lakukan.

Tanpa sedar, kita sendiri membina dinding kelemahan dan
mengajak semua orang memandang dan
membina dinding itu.
Akhirnya, ia menjadi lebih tebal dan tinggi.

Sebagai ketua, esok, kita bakal berada di mana?

 

Noraminah Omar

Gombak.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.