AMBILLAH TINDAKAN. TERUS BERJUANG.

HARI INI, adalah antara hari-hari akhir bagi banyak kumpulan syarikat, memperkemas dan menyiapkan perkara akhir sebelum menjelang hari pertama tahun 2018.

Bagi tugasan dan kerja yang perlu dilakukan pada hari dan masa bekerja, masih ada pegawai bank yang menyiapkan tugasan kutipan hutan (kredit) hingga ke jam 10 malam, 29.12.2017. Masih ada yang membuat panggilan kepada pelanggan.

Bagi ramai staf dalam syarikat-syarikat yang bekerja, masih terus bersengkang mata, menyiapkan apa yang mesti siap. Meski sibuk hal keluarga, hal kerja masih bersambung hingga Sabtu 30.12.2017.

Bagi tugasan orang bisnes pula, masih ada yang bertungkus-lumus sementara staf menghabiskan cuti tahunan.
Masih ada yang perlu menyiapkan laporan, dokumen atau susunan fail kerja untuk menutup tahun 2017.
Begitulah. Masing-masing dengan platform, tugas dan perjuangan.

Bagi saya, setiap kerja, tugas dan pekerjaan adalah satu perjuangan untuk diteruskan dan disiapkan. Sama ada kita ada kapasiti atau tidak, kitalah yang harus mengusahakannya.

Kali ini, bagi penutup minggu hujung tahun 2017, suka saya mahu menyorot beberapa perkara. Perkara yang biasa melanda pengusaha bisnes kecil. Meskipun kita tidak mahu meletakkan kategori mana-mana untuk bisnes kita, hakikatnya kita mesti terima juga. Definisi ‘bisnes kecil’ dalam konteks tulisan saya kali ini ialah bisnes dengan nilai jualan kurang RM3 juta setahun, dan bilangan staf tidak lebih 60 orang.

Tuan dan Puan,

Saya juga banyak belajar dari tugas dan kerja sedia ada di ABS. Menyorot tugasan yang saya terima di ABS, ringkasannya begini.

Bermula pada tahun 2013 di bahagian Pengurusan dokumen dan pematuhan ABS Holdings Sdn Bhd,
dan kemudian berpindah ke bahagian HR dalam syarikat yang sama pada tahun 2014,
dan kemudian berpindah ke ABS Education Sdn Bhd pada tahun 2015,
dan kemudian berpindah ke ABS Edu Solutions Sdn Bhd pada tahun 2016.

Semua ini merupakan pengalaman, laluan yang menjadikan saya lebih ‘humane’.

Bermula pada tahun 2015, saya mula diberikan tugasan membantu dalam bentuk pengendalian kelas sebagai jurulatih dan mengendalikan sesi bimbingan kepada pengusaha bisnes pendidikan (khususnya prasekolah). Semuanya berlegar tentang tajuk pengurusan syarikat dan bisnes.

Saya menggelar semua individu dalam mana-mana tugasan masing-masing, sebagai ‘pejuang’.
Tidak kiralah sama ada mereka itu berjawatan tinggi atau tidak, mereka tetap ada perjuangan.
Orang berjuang ini, mesti ada semangat pahlawan.
Mereka ada kumpulan. Mereka saling memerlukan.

Tuan dan Puan,

Suka saya mahu memberi input dalam 3 perkara.

 

  • Mengurus bisnes bersyarikat

Menguruskan sebuah syarikat, tiak kira PLT atau SDN BHD, kecil atau besar, cabarannya tetap sama. Ia berbeza mengikut tahap dan situasi bisnes semasa. Hahkikatnya, cabaran tetap ada. Banyak keputusan besar perlu kita buat. Semua ini berlaku, tidak kira sama ada kita buat posting dalam FB atau tidak.

Ada banyak perkara. Hanya dua ini yang saya mahu ketengahkan.

PERTAMA, cabaran yang sering dibincangkan ialah hal KEWANGAN.

Menyeimbangkan kemahiran pengurusan kewangan syarikat dan peribadi.
Mengasingkan wang syarikat dan peribadi.
Memastikan ada pendapatan yang cukup supaya syarikat boleh terus beroperasi.
Membuang rasa ‘pride’ dan ‘ego’ diri demi kumpulan pekerja dan pelanggan bisnes.

Semua ini, bukan lagi mainan macam kita urus anak dan isteri di rumah.
Semua ini, bukan lagi macam kita masak di dapur sendiri.
Semua ini, bukan macam kita urus kelab MyVi atau geng VELLFIRE.

Kepada mereka yang memang memasukkan kedua-dua belah kaki dalam bisnes, mereka sendiri merasainya.
Semua hal-hal PEMATUHAN dan PERUNDANGAN, bukan sedikit.

KEDUA ialah cabaran lambakan maklumat, guru dan sifu.

Memilih yang betul, satu hal.
Melakukan yang sesuai, satu hal.
Memastikan usaha mematuhi peraturan, satu hal.
Menentukan hala tuju syarikat (dan staf), satu hal.

Adakalanya, kita sangka, hidup kita di media sosial adalah segala-galanya.
Dalam lautan ‘lambakan’ ini jugalah, ramai pengusaha yang baru bermula,
atau baru mengembangkan bisnes, akan benar-benar merasai ujiannya.

 

  • Menjadi ketua yang memimpin.

Menjadi ketua ini, BUKAN kerja goyang kaki. Buka bisnes, letak modal, pass kerja pada staf.
Ianya tidak semudah itu. Ianya merupakan satu komitmen memimpin.

Kitalah yang perlu memantau. Kitalah yang perlu menaikkan semangat dalam kumpulan kerja.
Kitalah juga yang perlu memeta jalan kepada ahli kumpulan kita.

Pada masa yang sama, kita juga ada komitmen dan tujuan hidup sendiri.
Nilai dan keperluan. Kita BUKAN sekadar ‘menuntut gaji’.
Sedangkan tugas dan kerja kita sendiri, masih tidak teliti.
Kita BUKAN sekadar mahu DILIHAT orang sebagai berjawatan CEO, ada syarikat sendiri.
Semua ‘pride’ dan ‘ego’ mesti diketepi.

Apabila kita tahu kita tidak lagi sesuai memimpin, tugas kita melatih ‘the next CEO’ mesti kita lakukan.
“Succession plan”, mesti ada. Kita pun, tidak tahu nyawa sehingga bila masih ada.

Jika bisnes dan syarikat, kita buat macam tin sardin yang nampak cantik atas rak jualan, tapi kosong,
maka siapa yang mahu jadi CEO menggantikan kita?

Waktu itu, sebagai ketua, memimpin diri sendiri menjadi keutamaan.
Berjaya atau tidak. Jadi atau tidak. Yang penting ialah usahakan dengan cara yang betul.

 

  • Menjadi individu yang dipercayai dan mempunyai ‘accountability’

Sebagai ketua, kita adalah individu yang diperikan kepercayaan. Kita tidak boleh buang begitu sahaja ‘percaya’ yang sudah diberikan kepada kita.

Kita masih bertanggungjawab ke atas tugas dan kumpulan.
Istilah ‘letak jawatan’, ia tidak sama macam staf bekerja bias-biasa. Tidak boleh dibuat, tanpa ada persediaan penggantian.

Sebagai ketua, terutama CEO syarikat, kita adalah orang penting dalam organisasi itu.
Sekiranya tiada perkara yang bertentangan nilai, atau melanggar peraturan,
kita ambil sahaja tindakan memperbaiki dan melakukan perkara-perkara lahit dan ‘keras’ ke atas diri kita.

Katakanlah kita sebelum ini berpegang dengan pelan dan kepercayaan A.
Apabila tidak menjadi, tukarlah kepada pelan B.
Apabila menerima nasihat untuk perkara yang belum pernah kita cuba buat, buatlah.
Apabila degil, mahu buat macam yang kita fikir sendiri, semakin sukar kita mendapat jalan penyelesaiannya.

Apabila kita melangkah masuk dengan bergaya, biarlah kita keluar dengan rasa puas dan bangga.
Kejayaan itu subjektif. Tunjukkan sahaja kejayaan yang bagaimana yang sudah kita cipta itu.

Ia mungkin, dengan memulakan sesuatu.
Ia mungkin, dengan menghasilkan sesuatu.
Ia mungkin, dengan mencapai sasaran tertentu.

Meskipun belum berjaya, belum untung,
tetapi kita sudah capai satu tahap kejayaan dan pencapaian dalam apa yang kita lakukan.

Sekiranya masih ada rasa percaya, walau sekelumit cuma,
kita masih boleh terus menamatkan apa yang kita mulakan.

Kita semua adalah pejuang, dalam pelbagai cara,
melalui pelbagai media, dengan pelbagai suasana.

Kita berusaha. Teruskan usaha. Gandakan cara.
Kerana doa dan tawakkal itu, memang sudah sebati dengan hati dan jiwa.

 

Salam perjuangan,

NORAMINAH OMAR
Masih terus belajar daripada kesilapan.

Kajang.

9.45 malam

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.