Sejak kebelakangan ini, saya banyak bercakap tentang ‘social pressure’. Ya, tekanan sosial. Ia berlaku dalam banyak situasi. Ada yang berlaku di tempat kerja, di rumah, di komuniti setempat. Malah, ia berlaku juga apabila kita berada di media sosial.
Kali ini, saya suka menyorot tentang pengurusan bisnes. Sama ada sebagai founder atau sebagai CEO atau salah seorang pengurus kanan dalam syarikat, kita tidak dapat lari daripada tekanan sosial yang datang dari banyak tempat.
BAHAGIAN 1
Sebagai orang yang menggalas tugas mengurus dan memimpin, ia memerlukan kebijaksanaan yang kita bina dengan melalui kehidupan. Hidup bersama dengan manusia lain, selain keluarga dan ahli keluarga terdekat.
Dalam konteks pengurusan bisnes, kita sudah tentu mahu berkembang. Mengembangkan bisnes sedia ada. Membesarkan empayar bisnes yang ada. Itulah antara matlamat yang disasarkan untuk tempoh 3 -5 tahun dalam bisnes pertama.
Hakikatnya, menguruskan syarikat dan bisnes itu, bukanlah semata-mata kerana ‘social pressure’ yang datang dari orang bisnes lain. Apabila bisnes kawan kita laju ke hadapan, kita mula gelabah untuk memajukan bisnes kita juga. Apabila syarikat kawan di FB kita nampak hebat dengan projek sana-sini, kita juga mula terkejar-kejar mahu dapatkan yang sama atau serupa macam dia.
Hakikatnya, perancangan bisnes itu tidak sama. Ada yang boleh capai dalam masa 3 tahun. Ada yang mengambil masa 10 tahun.
Setiap bisnes mempunyai model berbeza. Malah, setiap jenis bisnes pula mempunyai ‘critical success factors’ yang berbeza.
Jadi, bisnes yang kita jalankan ini, tidak semestinya sama dengan orang lain, atau serupa. Mencontohi boleh dilakukan. Tiruvasi, boleh dibuat. Mengambil inspirasi, tidak menjadi isu.
Yang penting, perjalanan yang dipetakan untuk syarikat dan bisnes bukanlah satu hasil daripada ‘social pressure’ yang kita tidak kendalikan dengan betul.
BAHAGIAN 2
Sebagai sebahagian daripada ahli pengurusan sama ada CEO, pengurus kanan malah ALP dalam syarikat yang berstatus eksekutif, kita juga tanpa sedar ada banyak menerima ‘social pressure’.
Adakalanya, kita sudah masuk dalam senarai ‘grooming’ oleh ahli tertinggi syarikat. Maka, kita sedaya upaya mahu memberikan hasil yang terbaik dalam kerja kita.
Dalam konteks ini, saya ada menyebut dalam beberapa hantaran di FB tentang bagaimana kita cuba ‘pushing our limits’ supaya kita mencapai hasil yang maksima daripada kebolehan kita. Ini memerlukan satu lagi perkara. Mengetahui kekuatan dan menerima kelemahan diri. Ini penting.
“Pushing your limits does not mean you have to turn yourself into something that is not you.”
‘Pushing our limits’ memerlukan kita merencana satu langkah demi satu langkah. Buat satu, capai. Kemudian tambah lagi. Sekiranya buat satu, masih belum boleh capai, segera tambahkan kemahiran yang diperlukan.
Kemahiran ini, tidak semestinya menjadikan kita orang yang perlu melakukan semua perkara. Kemahiran mencari orang yang boleh melakukan perkara yang kita tidak pandai lakukan juga satu kemahiran yang perlu dipelajari.
**********
Sama ada dalam konteks pengurusan atau diri sendiri, biarlah kita kecil sekalipun, tetapi memberi impak besar. Lama-kelamaan, dengan sendirinya, rancangan mengembang dan membesar itu, akan berjalan selari.
Ada yang lambat. Ada yang cepat. Mahu cepat, ada maharnya.
Bagi kita pula, kita sendiri mesti merubah dan menjadikan apa yang kita fikirkan itu mendorong kepada kebaikan.
Ketakutan hanya datang dengan kekurangan maklumat, tiada kemahiran menganalisa.
If we are small, be beautifully strong.