PENGURUSAN SYARIKAT BISNES – MODAL INSAN

Banyak perkara yang berlaku dalam pengurusan bisnes dilalui oleh pengusaha, founder atau sesiapa sahaja yang berada dalam kumpulan pengurus kanan syarikat. Merujuk kepada situasi semasa, mahu tidak mahu ‘getir’ itu benar terasa. Jika tidak banyak, sedikit pasti ada.

Analisa data dan nombor yang digegarkan dalam berita atau perbincangan nasional, semakin menjadi tidak relevan kepada ramai orang bisnes. Hakikatnya, setiap perusahaan perlu bertahan. Ada strategi baru yang disusun atur. Sama ada menambah aktiviti bisnes atau mengurangkan, ia juga antara langkah yang diambil oleh banyak syarikat.

Pekerja? Ya. Mereka juga menghadapi cabaran. Cabaran kepada setiap individu dan keluarga juga berlaku kepada majikan. Terma pekerja dan majikan ini, merujuk kepada tugas dan urusan serta tanggungjawab masing-masing. Ia bukan menunjukkan kasta atau siapa lebih hebat.

Tulisan saya kali ini, mahu menyorot situasi khusus tentang pengurusan syarikat bisnes dan situasi keperluan (pembangunan) modal insan. Dalam usaha menuju ke arah negara maju menjelang 2020, seolah ianya masih jauh dan tidak tercapai dek kemampuan.

Apabila kita berbincang tentang modal insan, ia terus berkait dengan pengurusan sumber manusia dalam syarikat. Bahagian HR. Dalam konteks ini, kita sama-sama melihat bukan hanya syarikat yang ada pekerja bawah 9 orang, malah syarikat yang punya pekerja berbelas-belas ribu orang.

AKTA KERJA 1955, masih terpakai tidak kita sama ada syarikat ada 1 orang pekerja atau 10,000 orang pekerja. Aplikasinya dalam hal berbentuk kesatuan pekerja dan modus pengurusannya sahaja yang berbeza.

Menariknya, MAJIKAN dalam konteks ini, mempunyai tugas dan tanggungjawab ‘mendisiplinkan’ pekerja yang ada ikatan pekerjaan dalam syarikat. Hakikatnya tugas ini berat. Bagi orang awam, menjadi ‘majikan’ ini tugasnya memastikan gaji mesti dibayar. Tetapi, sebenarnya ia lebih daripada hanya membayar gaji sahaja.

Apabila kita mempunyai mentaliti yang salah, sukar mahu mencapai tahap kemahiran pekerja dan produktiviti dalam industri. Mari kita ambil contoh yang klasik. Biasanya, apabila kita mula masuk bekerja, kita tidak layak untuk sebarang cuti  dalam tempoh 3 bulan pertama. Tempoh percubaan.

Daripada penjawat jawatan paling tinggi hinggalah kepada ‘support staff’, mentalitinya begini masih ada.

“Tidak boleh cuti? Ambil MC lah. Apa susah!”

“Tidak boleh cuti? Ambil EL lah!”

 

Pada satu ketika, saya sendiri percaya bahawa AKTA KERJA adalah untuk menjaga dan membela pekerja. Tidak memihak pun kepada majikan. Rupa-rupanya, setelah mendapat penjelasan yang tepat, sisi pandang berbeza menjadikan kita lebih terbuka dalam hal ini.

AKTA KERJA 1955, merupakan salah satu mekanisme untuk majikan dan pekerja, masing-masing mendapat hak dan imbuhan daripada usaha menjalankan tugas masing-masing.

 

Usaha ini, ada satu perkara kritikal yang mesti ada. Apa dia? KETUA, PENYELIA  atau PEGAWAI HR yang memahami dan tahu tanggungjawab mereka dalam pengurusan ‘modal insan’.

Apakah asas pemahaman yang mesti ada?

Tenaga kerja yang berdisiplin diperolehi apabila mereka puas hati.  Kepuasan hati boleh datang dengan banyak sebab. Dalam konteks pengurusan sumber manusia (tenaga kerja) dalam syarikat ada perkara khusus yang ditekankan untuk tujuan ‘puas hati’.

Pertama ialah keharmonian perhubungan dalam usaha bisnes (perusahaan) yang dijalankan. Kedua, wujudnya produktiviti yang tinggi dengan hasil yang berkualiti.

Dua perkara (matlamat) ini mesti dicapai dan tanggungajwabnya ada kedua-dua pihak, majikan dan pekerja. Bagi pengurusan sebuah syarikat, majikan mesti mempunyai pegawai, ketua dan penyelia yang faham akan asas utama 2 perkara ini.

Segala rungutan, masalah, isu disiplin dan hal-hal keperluan dalam meningkatkan pekerjaan dan kualiti hasil mesti diambil berat. Dengan itu, baharulah hak majikan dan pekerja dapat dilunaskan dengan baik.

Sebagai salah seorang yang menjalankan bisnes, kita termasuk dalam kumpulan yang memberi input dan kesan kepada industri. Bagi memastikan kelangsungannya, industri yang kita ceburi perlu dinaikkan tarafnya.

 

Pemahaman kepentingan sebagai syarikat (majikan) yang menjalankan tugas memenuhi keperluan pembangunan modal insan, merupakan salah satu cara yang perlu digembleng bersama untuk industri. Kemudian, memberi jalan kelangsungan bisnes kepada mereka yang mengutamakan kualiti.

Tidak kira sama ada dengan syarikat PLT atau SDN BHD, atau bisnes dengan lesen enterprise, AKTA KERJA masih memainkan peranan yang sama. Melainkan Tuan tidak pernah menggajikan pekerja, isu ini, artikel dalam konteks pengurusan HR ini, langsung tidak terpakai kepada Tuan.

 

Noraminah Omar

17.2.2018

6.49, Kajang

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.