PENGURUSAN SYARIKAT & HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Apa khabar Tuan dan Puan?

Sudah tentu kita sentiasa mahu berada dalam keadaan yang paling baik dengan rasa yang baik. Begitulah. ‘Baik’ yang kita mahu capai dan dapat juga adalah berbeza maksudnya untuk seorang dengan yang lain.

Baru-baru ini, ada banyak perbincangan tentang pengurusan staf yang biasa dibawakan oleh rakan-rakan pengusaha. Tidak kira daripada yang baru mengusahakan bisnesnya atau yang sudah lama, rata-rata situasinya agak sama meskipun skalanya berbeza.

Pun begitu, salah satu perkara yang benar-benar menjadi pengalaman saya sendiri ialah perbezaan apabila kita menguruskan syarikat secara berkongsi atau dalam kumpulan berbanding dengan menguruskan syarikat sendiri.

Tulisan kali ini khusus tentang ketua yang memegang jawatan eksekutif dan pada masa yang sama duduk juga sebagai Ahli  Lembaga Pengarah syarikat.

 

SITUASI BERBEZA DALAM MENGURUS SYARIKAT

Apabila menguruskan syarikat sendiri, biasanya kita mempunyai kuasa 100% atau kuasa mutlak untuk membuat sebarang keputusan. Ini menjadikan kita sebagai orang teratas dan yang paling besar menerima tekanan. Inilah hakikatnya…

Bagi yang menguruskan syarikat secara bersama, kita mempunyai pemegang saham yang berbeza dan ramai. Bagi syarikat Sdn Bhd, pemegang saham mungkin mencecah maksima 50 orang. Bagi syarikat PLT pula, tiada hadnya…

Dalam konteks syarikat begini, ada pemegang saham, ada pengarah dan ada eksekutif yang terlibat. Bermakna, mahu tidak mahu kita menerima bahawa, kita TIDAK memegang kuasa mutlak dalam syarikat.

Malah, kita juga bukanlah orang yang menerima tekanan paling besar. Tekanan yang besar diterima itu, bermakna ada lagi orang lain, iaitu ‘shareholders’ dan ‘stakeholders’ yang menerima tekanan juga.

Urusan begini banyak juga melibatkan proses dan prosedur yang perlu ketua-ketua patuhi. Pada kebanyakan masa, ketua pula mempunyai ramai anak buah iaitu staf dalam unit kerjanya.

Staf ada ‘expectation’ masing-masing dalam perkembangan kerjayanya. Mereka juga ada KPI tertentu yang perlu dicapai.

Ketua juga mempunyai sasaran masing-masing. Ia juga perlu dicapai.

 

TEKANAN ADALAH UMPAMA MAKANAN RUJI

Dalam hal ini, ketua mempunyai topinya sendiri. Dalam erti kata lain. mereka menanggung sebahagian tekanan dalam membuat keputusan untuk menguruskan hal-hal kerja. Bagi staf, mereka hanya mahu melunaskan tugas, mendapat bayaran setimpal dan mempunyai masa yang cukup untuk keluarga dan masyarakat.

Bagi ketua, terutama yang memegang beban tekanan membuat keputusan dalam kumpulan ahli lembaga pengarah, mereka mempunyai tugas kepada perkembangan syarikat dan kerjaya diri mereka sendiri. Pada masa yang sama, ia semuanya melibatkan banyak hubungan manusia.

Hal menguruskan situasi dengan fokus kepada solusi dan tidak bermain dengan emosi, adalah antara yang jelas ‘easy said than done’. Situasi ini jugalah yang menjadikan ramai ketua mesti mempunyai kemahiran mengasingkan antara hubungan kerja dan hubungan peribadi. Dalam hal kerja, mungkin serius sahaja.

Maka, berlakulah situasi di mana, “you are always lonely when you are at the top”. Ia adalah normal, tetapi tekanan dan bebanan itulah yang adakalanya menjadikan ketua ‘tidak normal’ pada mata orang normal.

 

PENDEKATAN DAN GAYA PENGURUSAN MASING-MASING

Sering kita melihat kepelbagaian jenis pengurusan yang dibawa oleh setiap ketua. Biasalah, namanya pun manusia. Setinggi mana jawatan yang dipegang, seberat mana kerja yang dilakukan, semua itu tetap manusia.

Adakalanya, perkara seumpama ini tidak sesuai kita bincangkan dalam kelompok terbuka, apatah lagi dalam kumpulan individu yang tiada fahaman tentang hal menjadi ketua dan menerima tekanan membuat keputusan daripada pelbagai pihak.

Staf, mempunyai mindsetnya sendiri. Kita terima sahaja. Itu memang berlaku kepada kita juga apabila kita bekerja sebagai staf dalam mana-mana syarikat.

Kita sebagai ketua, apabila memegang jawatan eksekutif dan pada masa yang sama duduk sebagai ahli lembaga pengarah, tugas kita berbeza. Terima sahaja hakikat ini, baharulah kita boleh ‘move on’.

 

KITA MANUSIA

Benar. Jalan yang kita pilih, kitalah yang perlu bersedia melalui jalan itu. Sepanjang perjalan, kita juga masih boleh mengubah keputusan sama ada meneruskan perjalanan, menamatkannya atau mengubah laluan  lain.

Penting sekali, kita tahu kekuatan dan kapasiti diri kita dengan jalan dan laluan yang kita pilih.

Sesiapa pun boleh bmempertikaikan dan mengkritik keputusan kita.

Tetapi, dalam konteks kelestarian hidup sebagai manusia, kita berlapang dada. Terima keputusan setiap manusia itu, sebagai satu yang normal.

Kita tidak perlu mempertikaikan soal hati dan perasaan mereka, soal keyakinan, kesetiaan dan seumpamanya. Hatta sepasang manusia yang diikit dengan tali perkahwinan yang sah dan dikurniakan anak-anak yang baik (ramai) pun masih diizinkan (dengan ada banyak sebab) berpisah, inikan pula hubungan kerja (atau hanya sebagai pemegang saham) dalam syarikat.

Orang selalu sebut, “Love your job, don’t love your company. Because you may not know when the company stops loving you.”

Hakikatnya, “People always love themselves more. They choose who they want to share the love with.”

Kita manusia. Kita terima hakikat manusiawi. Hidup mesti diteruskan, selagi kita masih bernyawa.

Terus berjuang!

 

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.