KERUSI KAKI 3: BAHAGIAN 2

PENGALAMAN PERTAMA BERSYARIKAT

 

Pengalaman bersyarikat pertama yang saya mulakan ialah pada tahun 2007. Pada tahun, saya membuka sebuah syarikat Sdn. Bhd. hanya dengan tujuan untuk memulakan bisnes sendiri.

 

Pada masa itu juga, syarat kepada bisnes yang saya perlu jalankan ialah mesti menggunakan syarikat Sdn. Bhd.

 

Pengalaman saya? Pengalaman yang ada, hanyalah bekerja dengan orang. Pun begitu, pada masa itu, tekad dan semangat mahu berbisnes sudah ada. Jadi, jalan sahaja.

 

Menjadi Pengarah, menjadi CEO, bukanlah satu pengalaman sedia ada pada masa itu. Bergantung kepada sokongan dan dokongan suami yang pernah bekerja di syarikat korporat sebelum ini, ia membolehkan saya belajar selok-belok pengurusan syarikat Sdn. Bhd., sedikit demi sedikit.

 

Meskipun begitu, pengalaman suami terhad kepada pengurusan dalam syarikat korporat. Syarikat kecil yang kita mula bina, cara pengurusan dan cabarannya jauh berbeza. TIDAK SAMA.

 

  • Dalam syarikat besar, budayanya sudah sedia ada. Syarikat kecil, kitalah yang menentukan budaya yang mahu diterapkan.

 

  • Syarikat besar, sudah mempunyai staf dengan kemahiran tinggi. Syarikat kecil, kita terpaksa bermula dengan sesiapa yang ada.

 

  • Syarikat besar, sistem dan SOPnya sudah ‘all in place’. Syarikat ekcil, kitalah orang pertama yang perlu ada dan menyediakan SOP itu.

 

  • Syarikat besar, sudah ada pegawai akaun, akauantan dan semuanya bertauliah. Syarikat kecil, pengusahanyalah yang terkedek-kedek perlu belajar menyusun prosedur kewangan dengan sumber yang ada.

 

Banyak lagi perbezaannya. Jadi, apabila bersama dengan orang yang biasa dengan budaya koprorat syarikat besar, kita yang terkial-kial menguruskan syarikat kecil ini, seringkali tercungap-cungap.

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.