MANUSIA, ADA KEKUATAN, ADA KELEMAHAN, ADA HADNYA
Situasi yang membabitkan komitmen dalam bisnes dan kerjaya, mahu tidak mahu pasti akan melibatkan keluarga, suami dan anak-anak. Semuanya berkisar kepada kehidupan kita, bisnes, pelanggan, staf dan masyarakat.
Seronok dikenali, gembira dengan akaun yang ada duit acapkali, kebebasan memilih masa dan cara menghabiskannya, bukanlah satu pencapaian total dalam kehidupan.
Paling tidak, itulah yang saya alami sepanjang tempoh menjalan bisnes sendiri kurang lebih untuk 14 tahun. Anak-anak dan suami, sudah tentu terlibats ecara langsung. Sedar atau tidak, bisnes kita itu, menjadi sebahagian daripada ‘personal and family planning’. Sukar sekali untuk diasingkan.
Saya yakin, pada masa itu, memang ramai rakan bisnes lain mengalami situasi yang sama. Sama ada kami bercerita atau tidak, rata-rata sesekali berkongsi rasa.
Yang itulah, kita kata dunia bisnes itu kejam. Bukan kekejaman kepada orang, tetapi sesiapa yang ada dalam sistem bisnes itu, mahu tidak mahu, merasai sendiri kekejaman itu pada setiap masa. Pada dirinya sendiri.