KERUSI KAKI 3: BAHAGIAN 8

APA YANG SUDAH BERMULA, TERUSKAN.

 

Pada tahun 2016, saya menerima lantikan menjadi ketua dalam sebuah syarikat yang baru diamulakan. Saya yang merupakan ahli tim semasa sesi ‘brainstorming’ idea bisnes itu, selama ini hanya menjadi penyokong sahaja kepada ide abisnes mereka.

 

Saya mula menjalankan tugas yang diberikan, bagi mengelolakan semua urusan syarikat. Antara perkara pertama yang saya berikan fokus ialah memahami dan meneliti semua fail dan dokumen berkaitan urusan operasi.

 

Maklumlah, syarikat itu sudah berjalan hampir 2 tahun. Jadi, ada banyak maklumat yang perlu diteliti.

 

Ada yang tidak ditemui, ada yang lengkap, ada yang tinggal sebahagian. Meskipun ada banyak ‘precedent’ yang perlu dibetulkan, ia saya anggap sebagai satu cabaran. Memanggung kesan kepada kebaikan dan keburukan perkara lampau, tidak menggelapkan masa hadapan. Itu pegangan saya.

 

Pada masa itu, banyak syarikat kecil perlu diruruskan status dan situasinya. Syarikat Sdn. Bhd. ada pematuhannya. Syarikat PLT, ada pematuhannya. Sangkaan ramai orang, yang rugi, tutup sahaja.

 

BUKAN. Sekiranya pematuhan tiada, laporan kewangan tidak disediakan, bagaimana kita boleh tahu ia untung atau rugi? Bagaimana mahu tahu prestasi satu bisnes, tanpa ada rekod-rekod penting wang keluar dan masuk?

 

Untung atau rugi bukan hanya atas laporan ‘management account’ atau aliran tunai. Ia melibatkan laporan lengkap bersama ‘balance sheet’nya. Baharulah kita tahu, nilaian sebenar bisnes. Benar-benar untung atau sebenarnya benar rugi?

 

Andai rugi, mengapa mahu diteruskan lagi?

 

Pada tahun itu sahaja, daripada 80 buah syarikat, hanya 50 sahaja yang dikekalkan. Menjelang tahun 2017, daripada 50 buah syarikat, hanya 5 sahaja dikekalkan. Pad atahun 2018, semua 5 syarikat yang tinggal, diserahkan semula hak pengurusan kepada semua pekongsi bersama.

 

Prosesnya bukan sedikit. Perbincangan bukan sekali. Sesi audit dan konsultasi tidak terbilang dengan jari. Masa yang diambil bukan sehari.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.