Selepas pilihanraya, 9.5.2018, lebih banyak cerita yang kita baca. Sama ada di media sosial, atau di mana-mana paparan media, ada sahaja berita yang menarik perhatian.
Sejujurnya, perhatian saya banyak tertumpu pada hari mengundi dan hari-hari selepasnya. Ya, perjuangan masih belum berakhir. Ia baru bermula. Di kalangan rakan saya juga, ramai yang terlibat secara langsung dalam pilihanraya. Ada yang menjadi pengurus kempen, pengurus calon, malah ada yang menjadi calon!
Sama ada kawan rapat atau sekadar kenalan, mereka tetap kawan.
DEMAM KEMPEN
Memberikan laluan kepada rakan taulan bercerita, membuat posting-posting kempen, tanpa memberikan komen yang menyinggung, merupakan satu seni juga. Bagi sesetengah orang, ia kelihatan umpama kita tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab pula.
Sebaliknya, saya melihat setiap individu itu, ada ‘contribution’ masing-masing. Hatta memaksa dirinya sendiri mengundi, itupun sudah jadi satu sumbangan. Itu kata saya…
PENGURUSAN SYARIKAT
Tugas hakiki kerja dan pekerjaan, masih perlu diteruskan. Anak-anak dan keluarga, masih menjadi tanggungan utama. Itu juga, kata saya. Malah, perusahaan dan status kedudukan keupayaan syarikat, bagi memastikan semua keperluan operasi dipenuhi, masih tugas kita.
Hal-hal pengurusan, yang memerlukan kita banyak membuat keputusan, kita masih perlu lakukan. Kita ada kumpulan dan komponen rantaian operasi yang perlu dijaga.
MENJADI KETUA
Tugas memimpin juga, masih kekal atas bahu kita, meskipun kita BUKAN calon pilihanraya. Memberikan daya kepimpinan agar kumpulan terus bergerak. Memastikan ahli kumpulan, mahu bersama menjalankan usaha yang ada.
Memastikan motivasi sentiasa memenuhi ruang udara di tempat kerja dan suasana harmoni, juga masih perlu dilaksana. Tidak kira apa juga situasi dan status bisnes kita pada masa itu.
MERAIKAN DAN MENERIMA
Bulan Mei 2018, adalah antara bulan yang banyak acara. Jadul kerja penuh, pelbagai program mesti dilaksana, Bukan kerana tiada masa atau tiada bulan Jun selepas Mei. Ia adalah antara keperluan tuntutan memenuhi tugas mengetuai dan memimpin syarikat.
Mana-mana institusi pun, begitu juga.
Pada bulan Mei ini jugalah, ada banyak hari keraian. Selain sibuk dengan pilihanraya, Ramadan sudah bersedia untuk kita sambut. Kepada mereka yang ada dalam bidang pendidikan, hari Guru dan hari Ibu sangat sinonim dengan keraian yang disatukan.
Kita menerima semua ini dengan dada yang lapang. Meskipun masih banyak urusan yang perlu digalas, kita tetap perlu meraikan dan menerima kepelbagaian.
BERSEDIH USAH LAMA
Dalam setiap pencapaian kita sebagai individu, ada kekalahan dan kemenangan yang kita kecapi. Bagi orang bisnes, dan adalam pengurusan syarikat, menutup syarikat, menutup kedai, menutup cawangan adalah antara kekalahan yang menjadikan kita diserang emosi negatif.
Staf terpaksa diberhentikan, staf berhenti mencari pekerjaan lain, keperluan menurunkan kos operasi adalah antara perkara yang menekan dan juga memberi impak kepada self-esteem diri.
Ini juga biasa. Saya kira, ia umpama sebahagian daripada ‘kekalahan dalam perang’. Tidak mempunyai aliran tunai yang baik juga, menjadi salah satu kebuntuan. Dalam semua bisnes, ada situasi itu.
“We have worked so hard, yet we are only able to make ends meet.” Itu ayat biasa dalam kumpulan pengurusan syarikat.
HIDUP INI PERJUANGAN
Did I quit?
Yes I did. I quit for being ignorance.
I quit for being ‘over confident’.
I quit for putting others before myself.
Berjuanglah atas nilai dan apa yang kita percaya.
Kita terima perubahan. Kita berusaha ke arah kebaikan.
Selamat hari guru!
Selamat hari ibu!
NORAMINAH OMAR
7.20pm
Kajang.