MERAIKAN untuk MENERUSKAN PERJALANAN

16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang mempunyai banyak cerita. Ini untuk saya. Hari ini merupakan hari guru dan pada masa yang sama merupakan tarikh lahir anak saya yang kedua.

Setiap kelahiran, mempunyai ceritanya sendiri. Pada masa itu, ‘the dynamic of the family’ berbeza. Berubah pada setiap kali.

 

PENGALAMAN HIDUP

Pengalaman dalam bidang perguruan di peringkat prasekolah, merupakan pengalaman yang nyata mendidik saya secara peribadi. Selain daripada pengalaman bersama ibu bapa dan keluarga yang mempunyai budaya sendiri dalam membesarkan anak-anak, kita juga ada banyak pengalaman yang ditimba dalam hidup.

Keluarga saya, tidak pernah ada budaya keraian melainkan sambutan yang biasa dalam agama dan masyarakat. Saya dibesarkan tanpa tahu apa itu ‘hari jadi’ sehinggalah saya berusia 7 tahun. Itu pun saya tidak faham kenapa cikgu minta saya bertanya kepada ibu bapa pada tarikh lahir saya. Itu dulu…

 

16 MEI 2018

Kali ini, ‘the dynamic of the family’ juga berbeza. Malah, perbezaan ketara apabila umur kita mula bertambah. Tugas dan tanggungjawab yang digalas juga berubah. Ia bukan sahaja tentang keluarga, malah sebuah kehidupan.

Tarikh ini juga, merupakan kesekian kalinya saya meraikan para guru tadika yang berada di bawah naungan sebagai penasihat. Semuanya berjalan begitu pantas.

Tahun 2018, merupakan tahun yang menjadi ‘turning point’ kepada ramai rakan sekerja saya di ABS juga. Ada banyak kisah dan juga jalan-jalan cerita yang masing-masing pilih untuk tulis dalam kehidupan mereka.

 

KEPUTUSAN BESAR DAN BERAT

Pada tahun ini juga, kita banyak membaca catatan dan berita #moveon dalam pelbagai genre. Dari sisi politik semasa, juga dari sisi kehidupan beragama.

Bagi mereka yang bekerja dan mempunyai tanggungan hidup, semua yang berlaku dalam masyarakat dan negara, memberi impak langsung kepada mereka. Situasi dan perkembangan ekonomi dan politik semasa juga memberi kesan.

Ini jelas nyata bagi mereka yang menjalankan perusahaan sendiri. Sesikit sebanyak, ada impak secara langsung kepad apotensi dan perkembangan bisnes masing-masing.

Maka, itulah yang saya nyatakan ada banyak keputusan besar dan berat yang dibuat oleh semua orang. Tidak kirlah sama ada ia melibatkan kumpulan kecil atau besar. Tidak kira sama ada bisnes mereka itu kecil atau besar.

 

BERDOA SELEPAS BERUSAHA

Kedatangan Ramadan pada esok hari 17.5.2018, merupakan satu lagi keraian bagi ramai orang. Ia adalah bulan yang dinanti. Ia adalah bulan yang membawa seribu pengertian. 10 hari pertama, kita kejar sebagai sasaran untuk 10 hari berikutnya.

Maka, sesungguhnya, selepas mengambil tindakan, berdoa itu adalah satu usaha berterusan. Bertawakkal.

 

Ya Allah, sampaikanlah aku ke dalam bulan Ramdan, serahkanlah Ramadan kepadaku dan ambillah ia daripadaku dengan Engkau menerima amalanku.

 

Noraminah Omar

16 Mei 2018

Kajang.

 

Share On Social Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

More Posts

Book Your 30-Minute Discovery on Personal and Business Potential Consultation NOW

Book Your 30-Minute Free Consultation

Anda Mempunyai masalah dalam perniagaan? Takut untuk membuat keputusan yang tepat?

Jangan risau! Kami akan berkongsi cara bagaimana maklumat sedia ada dalam syarikat/bisnes digunakan untuk merancang penambahbaikan dalam bisnes secara keseluruhan.

Dapatkan satu sesi konsultasi melalui telefon PERCUMA.

Download Free EBook

Download Free EBook

PENGURUSAN HR

Dapatkan 12 kandungan hal pengurusan bisnes pusat pendidikan dalam ebook ini. 

Ebook ini merupakan satu refleksi kepada kita sebagai seorang pengurus atau ‘owner’ pusat pendidikan. Dapatkan perspektif yang berbeza.

Tawaran ini sah sehingga 30.12.2020.
Download sekarang!

Buy EBook

Buy Our EBook Now!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.