KEPERLUAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Setiap organisasi, tidak kira ‘for profit’ atau ‘non profit’, setiap satu mempunyai objektif masing-masing. Setiap oragnisasi juga punya misi dan visi yang mahu mereka capai dengan sasaran tempoh tertentu.
Bagi mencapai tujuan ini, mereka akan memerlukan sekumpulan manusia dengan pelbagai kemahiran, tahap, latar belakang dan identiti untuk bekerjasama. Peranan yang berbeza dimainkan untuk mencapai objektif khusus organisasi berkenaan.
Apabila ini berlaku, maka akan ada keperluan untuk:
- Menambah kemahiran yang tidak ada.
- Meningkatkan kemahiran sedia ada.
- Mengubah sikap (budaya) kepada yang ditetapkan oleh organisasi.
Perbezaan antara ‘apa yang ada’ dengan ‘apa yang diperlukan’ bagi mencapai objektif organisasi yang mahu dicapai inilah yang sering disebut sebagai ‘training gap’ atau ‘training need’. Ia melibatkan jurang yang perlu dikurangkan.
Bagi setiap organisasi, setiap unit atau bahagian akan melibatkan kumpulan tertentu. Ini memerlukan koordinasi kerja yang menjadikan hasil kemahiran berkumpulan lebih menyerlah. Secara langsung, ini dapat membantu mencapai sasaran organisasi dengan lebih cepat.
Apabila dilihat dalam konteks keperluan organisasi syarikat bisnes, sudah tentu ia menjadi kritikal dalam mencapai tahap produktiviti dan hasil yang dijangkakan. Ia juga melibatkan pencapai KPI yang sudah ditetapkan untuk dicapai.
Latihan ini melibatkan ‘proses belajar’ bagi ‘orang dewasa’. Pendekatan dan penyampaiannya memerlukan pendekatan yang perlu sesuai dengan ‘orang dewasa’ dan ‘jurang kemahiran’ yang perlu dikecilkan itu tadi.
Maka, bagi syarikat dan organisasi, latihan dan pengendalian proses orang dewasa belajar ini merupakan satu cara memastikan ‘keberkesanan organisasi’ dicapai. Keberkesanan organisasi pula melibatkan beberapa bahagian.
Latihan (sebagai proses orang dewasa belajar), mempunyai kesan yang spesisifk dalam beberapa bahagian untuk pembangunan sebuah organisasi terutama syarikat bisnes.